Selasa, 24 April 2012

PROGRAM 1 MURID I SUKAN SEPADU MERIAH

Pada 21 April 2012 ( Hari Sabtu) baru-baru ini SK Paka II telah mengadakan Program I Murid 1 Sukan yang diadakan di padang dan gelanggang SK Paka II yang melibatkan semua murid SK Paka II termasuklah murid Prasekolah dan PPKI. Berikut Tentatif Program tersebut :

7.45 pagi  : Murid berkumpul di Dataran Perhimpunan
                : Taklimat oleh Setiausaha Sukan dan Penyelaras Teknikal
8.00 pagi  : Murid bergerak ke Padang SK PaKa II ( Aktiviti memanaskan badan)
8.15 pagi  : Acara 1 Murid, 1 Sukan dijalankan mengikut stesen-stesen :
                  1) Stesen Bola Tampar
                  2) Stesen Bola Baling
                  3) Stesen Sepak Takraw ( Lelaki)
                  4) Stesen Bola Jaring ( Perempuan)
                  5) Sukaneka ( Untuk murid Prasekolah dan PPKI)
11.00 pagi : Program Tamat.

Berikut beberapa gambar yang dapat dirakam dan dikongsi bersama...

Berkumpul sebelum acara bermula
Mendengar taklimat daripada penyelaras teknik
Penuh bersemangat.....Mohd Firdaus

Acaramemungut bola mengikut warna rumah sukan..
Menguji keberanian murid...belon air
Cikgu Sharifah..membantu murid Prasekolah melakukan aktiviti

Beberapa gambar aktiviti murid arus perdana mengikut stesen permainan..
Stesen Bola Tampar
Stesen Bola Baling
Stesen Bola Jaring
Stesen Sepak Takraw...Guru Besar turut turun padang memberi sokongan dan semangat...

Ahad, 22 April 2012

PROGRAM : LAWATAN BERMAKLUMAT
TARIKH      : 9 APRIL 2012
HARI           : ISNIN
TEMPAT     : TAMAN REAKREASI DAN MINI ZOO KEMAMAN

PPKI SK Paka II baru-baru ini telah mengadakan Lawatan Bermaklumat ke Taman Reakreasi dan Mini Zoo Kemaman. Ianya telah disertai oleh 22 orang murid PPKI, 3 orang murid Pra Sekolah Integrasi , 8 orang guru dan 2 orang PPM. Majlis Perbandaran Kemaman telah menyumbangkan penggunaan bas kayu secara percuma dengan mengambil dan menghantar murid pada hari tersebut. MPK juga memberi kebenaran masuk ke Taman Reakresi dan Mini Zoo tersebut secara percuma. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Majlis Perbandaran Kemaman daripada pihak pengurusan sekolah SK Paka II dan warga Pendidikan Khas SK Paka II, hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Berikut beberapa foto sepanjang aktiviti tersebut  yang dapat dikongsi bersama :


Isnin, 9 April 2012

Program Kesihatan...Gosok jangan tak gosok.

Program Kesihatan ...Gosok jangan tak gosok...gosok sampai tanggal taik gigi....merupakan aktiviti bersama dengan Jabatan Kesihatan untuk murid-murid PPKI SK Paka II setiap tahun. Program ini bertujuan mendidik anak- anak istimewa dengan cara-cara yang betul memberus gigi dan menjaga kebersihan gigi. Program ini dikendalikan oleh misi yang sungguh berdidikasi dalam memberi tunjuk ajar kepada murid-murid ini. Walau dalam kepayahan..kak-kak misi dengan penuh kesabaran memberi tunjuk ajar kepada mereka dengan dibantu oleh guru-guru PPKI ...terima kasih misi..Program ini diteruskan setiap hari selepas waktu rehat murid sebelum meneruskan pembelajaran. Berikut beberapa foto yang dapat dikongsi dalam program tersebut..
Begini cara yang betul...gosok gigi
ha...gosok jangan tak gosok...sampai tanggal tahi gigi
bestnya...gosok gigi..
gosok Hakimi...gosok
Begitulah gelagat anak-anak keperluan khas dalam program ini...yang sangat bermakna buat mereka.Gigi putih...senyuman menawan.