Rabu, 20 Jun 2012

BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN - JOHAN PERINGKAT NEGERI

Pada 17 hb Jun 2012 telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Terengganu bertempat di SKPK (P) Kuala Terengganu. Dalam pertandingan itu adik Mohammad Firdaus bin Azahar telah mewakili daerah Dungun dalam acara Bercerita Kisah dari Al- Quran kategori sekolah rendah. Beliau telah mendapat Johan dan akan mewakili Negeri Terengganu dalam acara tersebut yang akan berlangsung di Negeri Perak pada 2 -5 Julai 2012 nanti.. Syabas dan tahniah daripada pihak pengurusan kepada kesungguhan adik Mohammad Firdaus dan komitmen tinggi yang diberikan oleh cikgu Sha,cg. Aini,cg. Af dan Ustazah Wan Nor.Terima Kasih...semoga berjaya pula  di Peringkat Kebangsaan.

Johan Bercerita (Kategori SR)..Adik Mohammad Firdaus menerima medal daripada Tn.Hj Ngah Bin Bidin Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPNT
Adik Mohammad Firdaus sedang bercerita...dengan gaya yang tersendiri

Cikgu Zarul dalam kenangan..Selamat Bertugas di Sekolah Baharu

Pada 1 Jun 2012 baru-baru ini, Cikgu Mohd Zarul Ikmal telah bertukar ke SK Pulau Serai setelah berkhidmat selamat 2 1/2 tahun di PPKI SK Paka II.Pihak Pengurusan dan seluruh warga PPKI SK Paka II mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan buat murid-murid istimewa, semoga Allah memberkati dan sentiasa merahmati beliau. Selamat bertugas di Sekolah Baharu ( SK Pulau Serai). Kekosongan yang ditinggalkan oleh beliau telah diganti dengan Cikgu Che Wan Nur Rehan binti Che Wan Ibrahim, daripada PPKI SK Seri Gelugor, Kerteh, Kemaman...Selamat Datang dan selamat bertugas di SK Paka II.
Cikgu Zarul Ikmal
Ucapan terima kasih dan peringatan buat murid PPKI SK Paka II
Guru Besar turut meraikan majlis ringkas dan mengucapkan terima kasih di atas kerjabuat cg Zarul di SK Paka II
Antara juadah yang sempat disediakan dalam majlis tersebut.
Terima Kasih Cikgu Zarul.....jasamu tetap kami kenang.