Selasa, 24 Julai 2012

PERASMIAN DAN SOLAT HAJAT PEMBUKAAN BANGUNAN PRA PPKI

 PROGRAM PERASMIAN DAN SOLAT HAJAT PEMBUKAAN BANGUNAN PRA PPKI
                            HARI         :  RABU
                            TARIKH    :  18 JULAI 2012
                            MASA       :  2.30 PETANG

Tuan Haji Mat Lazim Bin Abdullah (Guru Besar) SK Paka II merasmikan bangunan baru Prasekolah Integrasi.(Pra-PPKI)
GPK HEM bersama-sama guru-guru bersiap untuk menunaikan solat hajat dan doa selamat.




Guru Besar Bersama guru-guru  menjamu selera selepas selesainya solat hajat
                         

KEM ANAKKU SOLEH ISTIMEWA RAMADHAN (KASIH) 1433H BERMULA...

 BAHAGIAN 1
Pada 23 Julai 2012 bersamaan 3 Ramadhan 1433H telah bermula Kem Anakku Soleh Istimewa Ramadhan (KASIH) kali ke-2 dan akan berakhir pada 15 Ogos 2012 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1433H. Kem ini menekankan latihan secara latih-tubi dalam bidang kerohanian seperti wuduk, perbuatan dan bacaan dalam solat ( teori dan amali ) untuk murid berkeperluan khas di SK Paka II. Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan.....
Tazkirah Ramadhan bersama murid arus perdana yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Amran
Taklimat perjalanan Program Kem KASIH oleh GPK Pendidikan Khas
Murid tekun membaca muqqadam
Amali wuduk
Cikgu Badrul membantu murid mengambil wuduk dengan betul
Murid PPKI bersedia untuk amali solat Subuh
Takbir ratulihram....Allahu akbar
Cikgu Aini membimbing murid solat dengan betul
Bacaan doa Qunut

Isnin, 23 Julai 2012

SAMBUTAN HARI LAHIR DAN AKTIVITI MEWARNA KALI KE-2/2012

 
 PADA 16 JULAI 2012,  WARGA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN PAKA II  TELAH MENGADAKAN PROGRAM MEWARNA DAN SAMBUTAN HARI LAHIR DI KENTUCY FRIED CHICKEN(KFC), KIJAL, KEMAMAN.





SAMBUTAN MAJLIS HARI LAHIR INI BERTUJUAN UNTUK MERAIKAN MURID-MURID ISTIMEWA DENGAN SAMBUTAN HARI LAHIR. SAMBUTAN HARI LAHIR PADA KALI INI KHAS UNTUK MURID-MURID YANG LAHIR PADA BULAN APRIL HINGGA JULAI. ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIADAKAN IALAH:

1)PENYAMPAIAN HADIAH HARI LAHIR:










PN ROSFAIDAH BT FIEE DAN PN. AZLIZA BT. MOHD ALI(PEMBANTU PENGURUSAN MURID) TELAH MENERIMA HADIAH HARI LAHIR DARIPADA GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS EN. BAHARUDIN  B. ISMAIL.



ADIK MUHAMMAD AIMAN MUSTAQIM BIN AZAM, TARIKH LAHIR: 3 JANUARI 2003





ADIK MUHAMMAD AZRIL DANIEL BIN MOHD AZMI, TARIKH LAHIR: 24 JULAI 1999


ADIK NIK AQILAH BT AHMAD, TARIKH LAHIR: 22 SEPTEMBER 2002

ADIK NUR AINUN SHAHSAILLA BT MOHD NORDIN, TARIKH LAHIR: 20 JULAI 2002

ADIK NIK WAN AZIZUL BIN NIK WAN MD ALI, TARIKH LAHIR ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,: 24 APRIL 2001

2) AKTIVITI MEWARNA





3) PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM MEWARNA.
TEMPAT PERTAMA

TEMPAT KEDUA

TEMPAT KETIGA


4) GURU DAN MURID MENIKMATI HIDANGAN KFC.
Add caption



Ahad, 8 Julai 2012

ADIK MOHAMMAD FIRDAUS JOHAN KEBANGSAAN

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh       : 2 hingga 5 Julai 2012
Tempat     : Hotel Riverfront, Ipoh , Perak

          Adik Muhammad Firdaus bin Azahar telah berjaya menjadi Johan Bercerita  (Sekolah Rendah) kategori Bermasalah Pembelajaran yang berlangsung di Hotel Riverfront, Ipoh, Perak pada 2-5 Julai 2012  yang lalu.Syabas dan Tahniah kepada adik Firdaus dan semua guru yang terlibat dan usaha gigih tanpa rasa jemu dalam membimbing ke arah kejayaan itu. Adik Firdaus mendapat trofi, senaskah al-Quran dan sijil.

Adik Firdaus ; Johan Kebangsaan Bercerita Kisah Nabi ( Sekolah Rendah )
Menerima penghargaan daripada Guru Besar dalam Perhimpunan Mingguan


Selasa, 3 Julai 2012

PENTAS ISTIMEWA DAERAH DUNGUN PPKI SK PAKA II TEMPAT KE TIGA

Tarikh              : 26 Jun 2012 ( Hari Selasa )
Tempat            : Dewan Warisan SMK Sultan Omar, Dungun
Peserta            : Semua Program PPKI di Daerah Dungun

Pentas Istimewa adalah hasil cetusan Tuan Haji Ngah bin Bidin, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPNT pada tahun lepas.Langkah proaktif telah diambil oleh PPD Dungun dan guru-guru Pendidikan Khas daerah dungun dan telah mengadakan Pentas Istimewa bagi memilih dan mencari bakat berkumpulan dari sekolah-sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas,maka pada 26 Jun 2012 baru-baru ini telah berlangsung pertandingan tersebut yang diadakan di Dewan Warisan SMK Sultan Omar, Dungun. dalam pertandingan tersebut PPKI SK Paka II mendapat tempat ketiga keseluruhan dengan persembahan nyanyian dan tarian lagu " Kenanganku" yang dipopularkan oleh penyanyi 60-an, Jeffry Din.
Encik Yusri , KU Sektor Pendidikan swasta dan Pendidikan Khas, JPNT sedang berucap dan merasmikan penutupan Pentas Istimewa Peringkat Daerah Dungun tahun 2012
Tempat Ke tiga....menerima medal dan hamper daripada Encik Yusri
Penghargaan dalam Perhimpunan Mingguan untuk Pentas Istimewa.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM DI KAMPUNG MINDA TALONG

Tarikh                : 21 - 23 Jun 2012 ( Hari Khamis - Sabtu )
Tempat              : Kampung Minda Talong, Dungun
Peserta              : 4 Orang Murid PPKI  
                            ( Mohd Firdaus, Zakaria, Norman Hakim dan Azril Daniel )
Guru Pengiring : Baharudin Ismail ( GPK P Khas)

            Buat pertama kali seramai 4 orang murid PPKI SK Paka II mengikuti perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah bersama murid-murid arus perdana seramai 80 orang peserta menjadikan jumlah peserta 84 orang keseluruhannya. Perkhemahan telah di adakan di kawasan berpasir tepi sungai kampung Minda Talong.Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya belajar memasang dan mendirikan khemah, membuat rakit, pancing ikan, menyeberang sungai " rivercrossing", malam bakat dan sebagainya. Pendedahan ini memberi input yang sangat besar buat murid istimewa, berlatih hidup berdikari, berjauhan dengan keluarga dan bercampur dengan murid-murid arus perdana yang lain.Penyertaan ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.Berikut beberapa gambar yang dapat dikongsi dalam perkhemahan tersebut :
Bersama guru pengiring
Peserta PPKI
Belajar memasang dan mendidrikan Khemah
Betul ke....tak betul pasang khemah ni....
Siap  sedia untuk berkhemah
Mengambil makanan bersama murid lain
Aktiviti air....sejuknya air sungai Talong
Majlis penutup..Mohd Firdaus (PPKI)  terpilih sebagai peserta terbaik perkhemahan tahun 2012....tahniah kerana dapat mengatasi murid-murid arus perdana.