Rabu, 31 Oktober 2012

PROGRAM 3 DALAM 1

Tarikh          : 31 Oktober 2012 ( Hari Rabu)
Masa           : 9.00 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat        : Bilik PPKI, SK Paka II

3 DALAM 1 :TEMU MURNI, TANDATANGAN RPI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN
 
          Pada 31 Oktober 2012 ( Hari Rabu ) telah diadakan Program Temu Murni, Tandatangan RPI ( semakan 3/2012) dan Jamuan Akhir Tahun 2012. Program ini bertujuan untuk memanggil ibu bapa murid PPKI dan Pra Sekolah Integrasi ke sekolah bagi membincangkan prestasi dan perkembangan anak-anak mereka serta  menerima maklum balas daripada ibu bapa sama ada positif mahu pun negetif dalam semua keadaan semasa mereka di rumah.Ianya bertujuan untuk guru-guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk tahun 2013 nanti. Ibu bapa juga dapat melihat dan menandatangani RPI semakan 3/2012 dan berbincang untuk menentukan RPI seterusnya pada tahun hadapan. Untuk meraikan ibu bapa yang hadir dan semua guru,staf sokongan dan pekerja swasta yang sentiasa memberi sokongan serta dokongan kepada kemajuan Pendidikan Khas di sekolah ini, maka jamuan akhir tahun yang diadakan ini sedikit sebanyak menggambarkan rasa syukur dan terima kasih kami guru-guru ,PPM Pendidikan Khas kepada mereka semua.
Pn Arzoraini, GPK 1 turut hadir memeriahkan Jamuan Akhir Tahun
Guru guru SK Paka II yang turut hadir.....terima kasih kerana memeriahkan majlis kami
Antara juadah yang disediakan oleh guru-guru PPKI
Cikgu Sya sibuk melayan tetamu.....
Cikgu Af melayan murid-murid makan..
Cikgu Sya memaklumkan prestasi dan perkembangan pelajaran kepada En Hafizi (bapa Mohd Hakimi)

Wajah ceria warga guru dan PPM PPKI, SK Paka II
GPK Pendidikan Khas mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan PPM di atas kerjabuat dalam menjayakan majlis ini.Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa,warga guru, staf sokongan dan pekerja swasta yang hadir memeriahkan majlis yang diadakan ini.

PROGRAM PENGURUSAN KEWANGAN

Tarikh       : 23 Oktober 2012 ( Hari Selasa )
Masa        : 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat     ; TMC, Mesra Mall, Kerteh

          Pada 23 Oktober 2012 ( Hari Selasa ) yang lalu telah diadakan satu Program yang telah dirancang dan termasuk dalam takwim tahunan PPKI SK Paka II. Program ini bertujuan untuk memberi ilmu dan pengalaman dalam urusan jual beli secara sebenar. Setiap orang murid diberi peluang mencari barang yang hendak dibeli dengan nilai wang yang ada pada mereka supaya tidak melebihi bajet yang ada pada mereka (RM15.00 seorang). Program ini telah diadakan di TMC. Mesra Mall, Kerteh.Murid-murid diawasi oleh guru-guru dan PPM mengikut kumpulan kecil. Berikut beberapa gambar yang dapat dikongsi bersama.


Khamis, 25 Oktober 2012

PERTANDINGAN MEWARNA MURID SINDROM DOWN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Tarikh        : 24 Oktober 2012 ( Hari Rabu )
Masa         : 8.30 Pagi - 1.00 Tengahari
Tempat      : Dewan Terbuka SKPK Kuala Terengganu

       Pada 24 Oktober 2012 ( Hari Rabu ) telah berlangsung Pertandingan Mewarna Murid Pendidikan Khas Kategori Sindrom Down Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Terbuka SKPK Kuala Terengganu. Daerah Dungun telah diwakili oleh adik Muhamad Amin Fikrie bin Mohd Azmi dan Nurul Hidayah binti Jasli dari SK Paka II,Dungun.
Mat....penuh bersemangat untuk menang
Ida ...sedang tekun mewarna
Suasana dalam dewan terbuka....semasa pertandingan
Rehat sebentar.....lepas tu sambung lagi
Rakan guru dari sekolah lain...
Cikgu Din bersama anak didiknya







PROGRAM ZIARAH KALI KE-3

Tarikh        : 18 Oktober 2012 ( Hari Khamis )
Masa         : 8.00 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat      : Lot 4896, Kg. Cacar 23100 Paka, Dungun
                    ( Rumah Muhamad Firdaus bin Azahar )

         Pada 18 Oktober 2012 baru-baru ini telah diadakan Program Ziarah Kali Ke-3 di rumah Encik Azahar bin Mohamad (Keluarga Mohamad Firdaus @ Alang) yang tinggal di Kampung Cacar, berhampiran dengan SK Paka II. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga Alang dengan warga PPKI SK Paka II.Program ini juga turut disertai oleh jiran-jiran terdekat.
      Pelbagai aktiviti suaikenal dan permianan  telah diadakan di halaman rumah Alang seperti "Melastik Getah", Kerusi Beracun ,Musang dan Ayam.
      Dalam program ini, Encik Azahar telah mengadakan jamuan kesyukuran sempena anaknya Mohamad Firdaus yang telah berjaya menjadi Juara Bercerita Kisah Nabi Peringkat Kebangsaan dalam MTQ Pendidikan Khas 2012 yang telah diadakan di Ipoh, Perak baru-baru ini.
     Pihak Pengurusan sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Keluarga Encik Azahar kerana telah menjayakan program ini dan jamuan kesyukuran yang telah diadakan untuk warga PPKI SK Paka II.

Berikut beberapa gambar yang sempat dirakam untuk dikongsi bersama....
Majlis suaikenal dengan Encik Azahar
Majlis suaikenal bersama guru dan murid
Penyampaian cenderahati kepada Muhamad Firdaus daripada Cikgu Din, GPK P Khas
Cikgu Di...selaku AJK Permainan sedang memberi taklimat 
Cikgu Sya menunjuk ajar kepada Hamizan cara melastik dengan betul...
Mohamad Amin Fikrie @Mat dengan "skill" tersendiri......tapi sayang tak mengena sasaran
Cikgu Di mengajar teknik yang betul untuk melastik
Permainan " Kerusi Beracun" murid-murid dengan guru
Permainan " Musang dan Ayam "
Guru sedang melayan murid-murid
Murid sedang menikmati jamuan
Warga PPKI SK Paka II bergambar bersama keluarga Mohamad Firdaus








Sabtu, 6 Oktober 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA SEPADU 2012 MERIAH

Tarikh     : 4 Oktober 2012 ( Khamis )
Masa      : 8.30 Pagi - 3.00 Petang
Tempat   : Padang SK Paka II

          Pada 4 Oktober 2012 (Khamis) telah berlangsung Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-4,peringkat sekolah dengan penuh warna-warni dan sungguh meriah. Pelbagai aktiviti dan acara telah dipertandingkan mengikut rumah sukan. Antaranya acara padang dan balapan,sukaneka ( bagi tahun 1,2, Prasekolah dan tidak ketinggalan murid-murid PPKI),senamrobik (Pra Sekolah), acara jemputan (4x100) sekolah-sekolah berdekatan, acara pegawai, guru dan ibu bapa.Gerai-gerai jualan juga dibuka kepada semua pengunjung pada hari tersebut. Kejohanan olahraga telah dirasmiakan oleh Yang Berhormat, Tuan Haji Zakaria @ Mohd Ariffin bin Abdullah ,ADUN Paka.
Murid-murid PPKI bersama murid arus perdana
Murid-murid PPKI mendengar taklimat sebelum kejohanan sukan bermula
Gerai jualan PPKI...
PPM...Ros sedang mengoreng keropok dan nuget untuk dijual...
Guru-guru sedang sibuk melayan pelangan
Perbarisan Unit Beruniform dan rumah Sukan
Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar
Ucapan Perasmian oleh YB Tn Haji Zakaria @ Mohd Ariffin ADUN Paka
Acara simbolik...melepaskan belon dan bendera kejohanan
Acara memanaskan badan...senamrobik oleh murid Pra Sekolah
Murid-murid PPKI mengambil bahagian dalam acara sukaneka
Tempat pertama...rumah kuning...Hadiah telah disampaikan oleh En Rohazal, PPD Dungun