Ahad, 4 Ogos 2013

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEM KASIH

Tarikh           : 1 Ogos 2013
Hari              : Khamis
Tempat         : Dewan SK Paka II

            Pada minggu ketiga ramadhan aktiviti Kem KASIH diteruskan  dengan pengukuhan amali wuduk dan solat kepada murid-murid PPKI. Ianya dijalankan di surau sekolah. Selain daripada itu juga diadakan permainan dalaman seperti permainan karon, batu seremban dan congkak. Pertandingan mewarna tulisan khat turut diadakkan pada minggu tersebut. Majlis penutup telah diadakan pada hari khamis bersama dengan murid arus perdana yang mana terdapat 4 acara dalam 1 majlis telah diadakan.Majlis tersebut seperti Majlis khatam Al-Quran, penutupan Kem KASIH, penutupan Bulan Disiplin dan penyampaian sumbangan Hari Raya dan telah disempurnakan oleh Guru Besar , SK Paka II.

Amali Solat- Aktiviti Pengukuhan
Amali Solat dilakukan di Surau Sekolah
Pertandingan Karon
Pertandingan Mewarna Tulisan Khat
Hasil kerja murid dalam mewarna tulisan khat
Pertandingan batu seremban
Cikgu Sha...bagi duit raya
Guru-guru lain juga  turut memberi duit raya kepada semua murid PPKI
Hadiah Kem KASIH
GPK Pendidikan Khas menyampaikan hadiah kepada murid Prasekolah Integrasi
GPK HEM menyampaikan bantuan Hari Raya kepada murid PPKI