Isnin, 11 November 2013

SAMBUTAN HARI LAHIR PENUTUP TIRAI 2013

Tarikh     : 10 November 2013 ( Ahad )
Masa      : 9.30 pagi - 12.30 tgh
Tempat   : Restoran KFC Dungun

          Pada 10 November 2013, PPKI SK Paka II telah mengadakan sambutan hari lahir secara berkelompok untuk murid, PPM dan guru-guru. Program ini sebagai penutup tirai aktiviti luar sekolah pada tahun 2013. Program diadakan di Restoran KFC Dungun.Murid-murid PPKI menjamu selera bersama rakan, ppm dan guru-guru.


Selasa, 5 November 2013

LAWATAN, TEMU MURNI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN SERENTAK

Tarikh : 31 Oktober 2013
Hari    : Khamis

Murid -murd PPKI SK Paka II bersedia untuk menyambut tetamu.. PPKI SK Durian Mas 1
        Pada 31 Oktober 2013 baru-baru ini telah diadakan tiga program dalam satu, antaranya menerima lawatan (tetamu) daripada  SK Durian Mas 1 yang diketuai oleh Encik Ahmad Nazimi Izzad, Penyelaras PPKI bersama dua orang guru dan 9 orang pelajarnya membuat lawatan muhibbah ke SK Paka II.Dalam masa yang sama juga PPKI SK Paka II mengadakan Majlis Temu Murni dan tanda tangan RPI ( semakan 3/2013) serta Jamuan Akhir Tahun. Semua ibu bapa dijemput hadir untuk tujuan tersebut dan semua warga SEPADU dijemput untuk menjamu selera.
Bersalaman dengan rakan-rakan dan guru  PPKI SK Durian Mas 1
Guru-guru turut serta menyambut tetamu
Tayangan Multi media dan ucapan selamat datang....perkongsian aktiviti yang dijalankan
Lawatan ke rumah cendawan...
Projek Tanaman Cendawan Tiram Kelabu..
Lawatan tapak Bumi Hijau ( Perkebunan dan Penternakan )
Foto kenangan bersama murid  dan guru PPKI SK Durian Mas 1

Temu murni bersama guru kelas Cikgu Murni ( guru ganti )
Jamuan akhir tahun...kaum ibu yang hadir
Murid-murid menjamu selera...
Guru-guru tidak ketinggalan...menikmati rezeki yang ada
Lawatan ke Bilik Permulihan Khas..
Cenderahati daripada Cg Izzad, Penyelaras PPKI SK Durian Mas 1...Terima Kasih di atas kunjungan