Selasa, 25 Februari 2014

LATIHAN PETANQUE KALI PERTAMA 2014

Tarikh        : 17 Februari 2014 ( Hari Isnin )
Masa         : 7.45 hingga 9.30 pagi
Tempat      : Padang SK Paka II

         Program 1M1S PPKI SK Paka II telah dijalankan buat pertama kali pada tahun 2014 dengan memilih permainan Petanque. Permainan ini dipilih kerana ianya sangat sesuai dengan sebagai unsur terapi psikomotor halus dan kasar serta perkembangan sosial murid berkeperluan khas. Dalam Pendidikan Khas permainan Petanque juga dipertandingkan sehingga ke peringkat kebangsaan. Oleh itu Unit Pendidikan Khas SK Paka II memilih permainan ini untuk memperkembangkan lagi bakat yang ada pada mereka. Berikut beberapa foto yang sempat dirakamkan untuk dikongsi bersama.



Sabtu, 1 Februari 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1435 H PERINGKAT SEKOLAH MERIAH..

Tarikh      : 30 Januari 2014 ( bersamaan 28 Rabiulawwal 1435 H)
Hari         : Khamis
Tempat    : SK Paka II dan Masjid Taman Hadhari, Paka.

Pada hari khamis yang lalu bertarikh 30 Januari 2014 telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat sekolah dalam suasana meriah dengan ungkapan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Semua warga SK Paka II terlibat dalam sambutan tersebut termasuklah murid-murid Pendidikan Khas (PPKI) turut mengambil bahagian. Acara dimulakan dengan bacaan surah Yasin, berselawat beramai-ramai di dataran Perhimpunan, diikuti dengan ucapan Tuan Haji Mat Lazim ( Guru Besar SK Paka II). Perarakan murid-murid Prasekolah, PPKI dan murid  arus Perdana mengikut rumah-rumah sukan bergerak sambil berselawat menuju ke Masjid Taman Hadhari yang jaraknya lebih kurang 1 KM dari SK Paka II.Di masjid murid-murid mendengar ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Saidi ( Pensyarah PSMZA, Dungun). Selesai mendengar ceramah murid berarak pulang semula ke sekolah. Selesai semua murid rehat, mereka berkumpul di dewan sekolah dan mengikuti pertandingan nasyid tahap 1 dan 2 mengikut rumah sukan.Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dalam semua pertandingan dan piala pusingan.