Ahad, 28 Februari 2016

Lawatan ke Fatisha Agrofarm

Alhamdulillah... warga PPKI SK PAKA II, telah selesai lawatan ke Fatisha Agrofarm, iaitu ladang cendawan tiram.

Tarikh : 24 Februari
Hari.    : Rabu
Tempat : Fatisha Agrofarm, AMBS


Pelbagai maklumat telah dapat disampaikan kepada semua murid. Dan murid-murid berpeluang melihat dan melakukan sendiri cara pembiakan cendawan tiram.

Diantara objektif utama lawatan ini ialah, untuk meningkatkan kemahiran psikomotor halus dan kasar murid, melatih murid secara alamian cara menanam cendawan dan memberi peluang kepada murid bersosialisasi dengan masyarakat luar.

Hasilan dr lawatan ini, semua murid menunjukkan semangat dan minat didalam penanaman cendawan.. InsyAllah PPKI SK PAKA II, akan menjalankan projek penanaman cendawan tiram.

Isnin, 22 Februari 2016

Terapi Pasir

TERAPI PASIR

MASA
9.00 HINGGA 12.30 TENGAHARI

TARIKH
17 FEBRUARI 2016 / RABU

TEMPAT
PANTAI PAKA

Assalamualaikum
Pada hari Rabu, 17 Feb 2016 : Warga PPKI SK Paka II, telah menjalankan aktiviti Terapi Pasir bertempat di Pantai Paka. 
Alhamdulillah, aktiviti telah berjalan dengan lancar. beberapa aktiviti telah dijalankan diantaranya ialah senamrobik,pencarian harta karun dan membina penyu daripada pasir .

Semua guru, pembantu pengurusan murid dan murid-murid menunjukkan minat dan kesungguhan didalam menjalankan aktiviti.

Semua aktiviti dijalankan dengan jaya.

PENCARIAN HARTA KARUN




 MEMBINA PENYU DARIPADA PASIR