Sambutan Raya peringkat SK Paka II kali ini memaparkan konsep 1 Malaysia. Integrasi antara aliran perdana dengan pendidikan khas yang mana menyambut raya bersama-sama membuktikan perpaduan yang utuh di kalangan murid-murid SK Paka II. Tahniah...
Buat makluman ibu bapa pendidikan khas, aktiviti kokurikulum esok yang biasa bermula pada 1.40-3.40 ptg diganti dengan program sambutan hari raya aliran perdana peringkat sekolah. Justeru itu, waktu balik murid-murid khas adalah pukul 12.30 tgh hari.Di harap para ibu bapa dapat menyediakan murid-murid dengan pakaian raya. harap maklum...
Selepas sebulan ditangguh,pada Rabu ini(7.10.2009) akan diadakan aktiviti renang. Program renang diteruskan dan diharap ibu bapa dapat memastikan murid-murid membawa pakaian renang seperti biasa. Harap maklum.