Isnin, 17 Mei 2010

Aktiviti Terapi Cergas PPKIBP bersama Prasekolah

Rabu, 12 May - PPKIBP dan Prasekolah Sek Keb Paka 2 telah menjalani satu aktiviti terapi cergas di dewan sekolah. Aktiviti terapi cergas ini dijalankan selama satu jam bagi memberi pendedahan kepada murid-murid khas serta murid-murid prasekolah kepada aktiviti diluar bilik darjah yang boleh mencergaskan tubuh badan serta minda mereka. Berikut adalah gambar-gambar disekitar aktiviti terapi cergas tersebut:





Selamat Hari Guru

Ahad, 16 May  - Pihak PPKIBP mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yang berada dimana sahaja.Semoga jasa dan budi kalian dalam mendidik anak bangsa tidak dilupa.Selamat hari guru,cikgu...

Ahad, 9 Mei 2010

Majlis perpisahan Cg Zul

Untuk makluman semua, Cg Zul telah bertukar ke Sek Men Keb Sura, Dungun. Pihak PPKIBP SK Paka 2 memohon ampun dan maaf kepada Cg Zul sekiranya terdapat salah silap atau kekurangan selama berkerja bersama disini.. Pihak PPKIBP SK Paka 2 juga berharap agar Cg Zul dapat memberikan komitmen serta bekerja dengan penuh dedikasi di sekolah yang baru.Wish u all the best Cg Zul