Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini PPKIBP mengadakan Kem Anakku Soleh Istimewa Ramadhan (KASIH). Kem ini diadakan pada setiap hari persekolahan sepanjang bulan Ramadhan ini. Secara umumnya kem ini memberi perhatian khas bagi melatih murid menguasai kaifiyat wudhuk dan solat dengan sempurna dengan penumpuan khusus dari segi bacaan dan perbuatan yang akan dilaksanakan secara intensif mengikut kemampuan & tahap murid.
Selain daripada itu, untuk memantapkan lagi penguasaan kemahiran membaca, menulis & mengira serta pengetahuan tentang masakan untuk kelangsungan hidup masa mendatang maka, kem ini diselitkan dengan program 3M (Klinik Membaca) dan Asas Masakan.
Tema : "Solat Pembentukan Insan Istimewa Dinamik"
Tempat : - Kelas PPKIBP
- Surau Sekolah
- Dewan Sekolah
Tarikh : Sepanjang hari persekolahan bulan Ramadhan
Masa : 7.45 pagi hingga 12.30 tengahari
Kem KASIH ini telah dirasmikan pada 31 Julai 2011 dalam Perhimpunan Mingguan. Antara agenda dalam Majlis Perasmian tersebut ialah:
1) Ucapan GPK Pendidikan Khas
2) Gimik : Penyerahan Pamplet Kem Solat daripada murid kepada GPK 1 (mewakili GB) dan penyerahan sejadah daripada GPK 1 kepada wakil murid PPKIBP (tanda bermulanya Kem KASIH)
3) Azan Subuh oleh murid PPKIBP : Mohd Firdaus b. Azhar
Ucapan GPK Pendidikan Khas
Penyerahan Pamplet Kem KASIH daripada wakil murid PPKI kepada GPK 1
Penyerahan Sejadah daripada GPK 1 kepada wakil murid PPKI
Azan Subuh