Ahad, 8 Julai 2012

ADIK MOHAMMAD FIRDAUS JOHAN KEBANGSAAN

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh       : 2 hingga 5 Julai 2012
Tempat     : Hotel Riverfront, Ipoh , Perak

          Adik Muhammad Firdaus bin Azahar telah berjaya menjadi Johan Bercerita  (Sekolah Rendah) kategori Bermasalah Pembelajaran yang berlangsung di Hotel Riverfront, Ipoh, Perak pada 2-5 Julai 2012  yang lalu.Syabas dan Tahniah kepada adik Firdaus dan semua guru yang terlibat dan usaha gigih tanpa rasa jemu dalam membimbing ke arah kejayaan itu. Adik Firdaus mendapat trofi, senaskah al-Quran dan sijil.

Adik Firdaus ; Johan Kebangsaan Bercerita Kisah Nabi ( Sekolah Rendah )
Menerima penghargaan daripada Guru Besar dalam Perhimpunan Mingguan


Selasa, 3 Julai 2012

PENTAS ISTIMEWA DAERAH DUNGUN PPKI SK PAKA II TEMPAT KE TIGA

Tarikh              : 26 Jun 2012 ( Hari Selasa )
Tempat            : Dewan Warisan SMK Sultan Omar, Dungun
Peserta            : Semua Program PPKI di Daerah Dungun

Pentas Istimewa adalah hasil cetusan Tuan Haji Ngah bin Bidin, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPNT pada tahun lepas.Langkah proaktif telah diambil oleh PPD Dungun dan guru-guru Pendidikan Khas daerah dungun dan telah mengadakan Pentas Istimewa bagi memilih dan mencari bakat berkumpulan dari sekolah-sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas,maka pada 26 Jun 2012 baru-baru ini telah berlangsung pertandingan tersebut yang diadakan di Dewan Warisan SMK Sultan Omar, Dungun. dalam pertandingan tersebut PPKI SK Paka II mendapat tempat ketiga keseluruhan dengan persembahan nyanyian dan tarian lagu " Kenanganku" yang dipopularkan oleh penyanyi 60-an, Jeffry Din.
Encik Yusri , KU Sektor Pendidikan swasta dan Pendidikan Khas, JPNT sedang berucap dan merasmikan penutupan Pentas Istimewa Peringkat Daerah Dungun tahun 2012
Tempat Ke tiga....menerima medal dan hamper daripada Encik Yusri
Penghargaan dalam Perhimpunan Mingguan untuk Pentas Istimewa.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM DI KAMPUNG MINDA TALONG

Tarikh                : 21 - 23 Jun 2012 ( Hari Khamis - Sabtu )
Tempat              : Kampung Minda Talong, Dungun
Peserta              : 4 Orang Murid PPKI  
                            ( Mohd Firdaus, Zakaria, Norman Hakim dan Azril Daniel )
Guru Pengiring : Baharudin Ismail ( GPK P Khas)

            Buat pertama kali seramai 4 orang murid PPKI SK Paka II mengikuti perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah bersama murid-murid arus perdana seramai 80 orang peserta menjadikan jumlah peserta 84 orang keseluruhannya. Perkhemahan telah di adakan di kawasan berpasir tepi sungai kampung Minda Talong.Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya belajar memasang dan mendirikan khemah, membuat rakit, pancing ikan, menyeberang sungai " rivercrossing", malam bakat dan sebagainya. Pendedahan ini memberi input yang sangat besar buat murid istimewa, berlatih hidup berdikari, berjauhan dengan keluarga dan bercampur dengan murid-murid arus perdana yang lain.Penyertaan ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.Berikut beberapa gambar yang dapat dikongsi dalam perkhemahan tersebut :
Bersama guru pengiring
Peserta PPKI
Belajar memasang dan mendidrikan Khemah
Betul ke....tak betul pasang khemah ni....
Siap  sedia untuk berkhemah
Mengambil makanan bersama murid lain
Aktiviti air....sejuknya air sungai Talong
Majlis penutup..Mohd Firdaus (PPKI)  terpilih sebagai peserta terbaik perkhemahan tahun 2012....tahniah kerana dapat mengatasi murid-murid arus perdana.