Khamis, 25 Julai 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013

Tarikh  : 20 - 22 Jun 2013
Tempat : Padang Sekolah SK Paka II
Peserta PPKI : 12 orang

Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah telah diadakan pada tarikh tersebut dengan penyertaan seramai 12 orang murid PPKI ( Unit Pengakap )bersama murid arus perdana yang diadakan di padang sekolah SK Paka II, pelbagai aktiviti perkhemahan telah dijalankan dan diikuti sepenuhnya oleh murid PPKI. Aktiviti yang dijalankan antaranya Kembara Malam,  Kawat Kaki,  Masakan, Mencari Harta Karun dan Persembahan ( Malam Kebudayaan ).
Murid PPKI mendengar taklimat perkhemahan
Mengambil makanan bersama murid perdana
Aktiviti kerohanian
Murid PPKI yang menyertai perkhemahan bersama guru
Danial dan Norman sedang memasak resepi Swiss Roll Maggie
Johan Pertandingan Memasak -PPKI

Khamis, 18 Julai 2013

Projek " Perkebunan dan Penternakan" PPKI

Menyediakan tapak projek
Projek Penternakan Ayam Serama

Reban Ayam Serama

Murid PPKI sedang menebuk lubang untuk di semai biji kacang panjang.

Pokok kacang mengeluarkan hasil
Hasil tuaian pertama sedang diproses untuk dijual

Rabu, 13 Februari 2013

"WASATIAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Tarikh         : 27 Januari 2013 ( 15 Rabiul Awal 1434H)
Hari             : Ahad
Masa           : 7.30 pagi - 12.45 tengahari

          Sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat sekolah telah diadakan dan telah disertai oleh warga Pendidikan Khas SK Paka II.Pelbagai acara dapat dijalankan antaranya, perarakan dan selawat menuju ke Masjid Hadhari ,Paka, mendengar ceramah maulidur rasul di masjid, pertandingan mewarna dan persembahan di dewan sekolah.Berikut beberapa gambar yang dapat dikongsi bersama....
Pasukan PPKI SK Paka II bersedia untuk perarakan
Murid PPKI mendahului perarakan Maulidur Rasul S.A.W menuju ke Masjid Hadhari
Murid-murid PPKI bersama Guru Besar
Berselawat beramai-ramai melalui Taman Murni Perdana
Tiba di perkarangan Masjid Hadhari
Bersama mendengar ceramah Maulidur Rasul S.A.W
Guru-guru dan PPM turut serta mendengar ceramah
Murid PPKI khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan Masjid Hadhari