Khamis, 25 Julai 2013

PROGRAM "UNSUR TERAPI PASIR"

Tarikh           : 1 Julai 2013 (Isnin)
Masa            : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat         : Pantai Kemasik, Kemaman
Peserta         : Semua murid PPKI dan Pra Sekolah Integrasi

          Aktiviti " Unsur Terapi Pasir " telah dijalankan mengikut perancangan dan aktiviti tahunan. Ianya dijalankan di Pantai Peranginan Kemasik, Kemaman bertujuan untuk meningkatkan penguasaan motor halus dan kasar serta memberi pendedahan murid-murid Pendidikan Khas berinteraksi dengan dunia luar. Aktiviti yang dijalankan antaranya membina dan menghias istana pasir.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013

Tarikh  : 20 - 22 Jun 2013
Tempat : Padang Sekolah SK Paka II
Peserta PPKI : 12 orang

Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah telah diadakan pada tarikh tersebut dengan penyertaan seramai 12 orang murid PPKI ( Unit Pengakap )bersama murid arus perdana yang diadakan di padang sekolah SK Paka II, pelbagai aktiviti perkhemahan telah dijalankan dan diikuti sepenuhnya oleh murid PPKI. Aktiviti yang dijalankan antaranya Kembara Malam,  Kawat Kaki,  Masakan, Mencari Harta Karun dan Persembahan ( Malam Kebudayaan ).
Murid PPKI mendengar taklimat perkhemahan
Mengambil makanan bersama murid perdana
Aktiviti kerohanian
Murid PPKI yang menyertai perkhemahan bersama guru
Danial dan Norman sedang memasak resepi Swiss Roll Maggie
Johan Pertandingan Memasak -PPKI

Khamis, 18 Julai 2013

Projek " Perkebunan dan Penternakan" PPKI

Menyediakan tapak projek
Projek Penternakan Ayam Serama

Reban Ayam Serama

Murid PPKI sedang menebuk lubang untuk di semai biji kacang panjang.

Pokok kacang mengeluarkan hasil
Hasil tuaian pertama sedang diproses untuk dijual