Ahad, 4 Ogos 2013

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEM KASIH

Tarikh           : 1 Ogos 2013
Hari              : Khamis
Tempat         : Dewan SK Paka II

            Pada minggu ketiga ramadhan aktiviti Kem KASIH diteruskan  dengan pengukuhan amali wuduk dan solat kepada murid-murid PPKI. Ianya dijalankan di surau sekolah. Selain daripada itu juga diadakan permainan dalaman seperti permainan karon, batu seremban dan congkak. Pertandingan mewarna tulisan khat turut diadakkan pada minggu tersebut. Majlis penutup telah diadakan pada hari khamis bersama dengan murid arus perdana yang mana terdapat 4 acara dalam 1 majlis telah diadakan.Majlis tersebut seperti Majlis khatam Al-Quran, penutupan Kem KASIH, penutupan Bulan Disiplin dan penyampaian sumbangan Hari Raya dan telah disempurnakan oleh Guru Besar , SK Paka II.

Amali Solat- Aktiviti Pengukuhan
Amali Solat dilakukan di Surau Sekolah
Pertandingan Karon
Pertandingan Mewarna Tulisan Khat
Hasil kerja murid dalam mewarna tulisan khat
Pertandingan batu seremban
Cikgu Sha...bagi duit raya
Guru-guru lain juga  turut memberi duit raya kepada semua murid PPKI
Hadiah Kem KASIH
GPK Pendidikan Khas menyampaikan hadiah kepada murid Prasekolah Integrasi
GPK HEM menyampaikan bantuan Hari Raya kepada murid PPKI




Ahad, 28 Julai 2013

KEM ANAKKU SOLEH ISTIMEWA RAMADHAN (KASIH)

Tarikh           : 10 Julai hingga 1 Ogos 2013
Pelancaran    : 7 Julai 2013 (Ahad)
Masa            : 7.45 pagi hingga 12.45 tengahari
Tempat         : Kelas PPKI, Surau Sekolah dan Masjid Taman Hadhari, Paka
Peserta         : Semua murid PPKI dan  Pra sekolah Integrasi

Sepanjang bulan ramadhan PPKI SK Paka II telah mengadakan Kem Anakku Soleh Istimewa Ramadhan (KASIH) berbentuk kerohanian sepanjang bulan ramadhan. Program bermula dengan pelancaran Kem Kasih yang telah disempurnakan oleh Encik Rohazal, Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Dungun. Pelbagai aktiviti telah jalankan, antaranya hafazan ayat lazim,teori dan amali wuduk dan solat fardhu, tasmi',klinik membaca,klinik matematik,asas masakan dan permainan dalaman.
Gimik Pelancaran disempurnakan oleh En Rohazal , PPD Dungun
Kem KASIH 2013 / 1434 H
Aktiviti dimulakan dengan bacaan ayat-ayat lazim
Teori  dan tunjukcara berwuduk
Bacaan-bacaan dalam solat
Amali berwuduk
Amali solat
Murid membaca bacaan dalam solat bersama guru
Murid dilatih cara solat berjamaah
Ruku'
Amali solat di Masjid Taman Hadhari, Paka
Guru-guru membimbing murid
u

Khamis, 25 Julai 2013

PROGRAM "UNSUR TERAPI PASIR"

Tarikh           : 1 Julai 2013 (Isnin)
Masa            : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat         : Pantai Kemasik, Kemaman
Peserta         : Semua murid PPKI dan Pra Sekolah Integrasi

          Aktiviti " Unsur Terapi Pasir " telah dijalankan mengikut perancangan dan aktiviti tahunan. Ianya dijalankan di Pantai Peranginan Kemasik, Kemaman bertujuan untuk meningkatkan penguasaan motor halus dan kasar serta memberi pendedahan murid-murid Pendidikan Khas berinteraksi dengan dunia luar. Aktiviti yang dijalankan antaranya membina dan menghias istana pasir.