Isnin, 27 Jun 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Dungun

Pada 22 Jun yang lalu telah diadakan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Dungun bertempat di SMK Pulau Serai. PPKIBP SK Paka II telah menghantar wakil Nasyid, Hafazan dan Azan Subuh. Kumpulan Nasyid ini diberi nama Al-Iman telah disertai seramai 12 orang murid. PPKIBP SK Paka II telah menghantar adik NurSurhada dan Mohamad Ilham sebagai wakil hafazan dan adik Muhamad Firdaus sebagai wakil azan subuh.

Kumpulan Nasyid al-Iman ini telah dilatih oleh Cikgu Mariatul Akhtar, Cikgu Afzainizam, Ustazah Azlinda dan dibantu PPM iaitu kak Ros & kak Zara. Bagi Hafazan, adik NurSurhada dan adik Ilham telah dilatih oleh Cikgu Zarul dan bagi kategori azan subuh telah dilatih oleh Cikgu Badrul.

Gambar Semasa Sesi Latihan





Gambar Semasa MTQ Di SMK Pulau Serai


Kumpulan Nasyid al-Iman mendapat naib johan. Dan adik Mohamad Ilham bagi kategori hafazan juga mendapat naib johan.

Jumaat, 8 April 2011

Sekitar majlis perpisahan Gpk Khas

Pada hari Rabu yang lalu telah diadakan majlis perpisahan Gpk Khas kami iaitu Pn Hajah Eshah Abdullah. Beliau akan bertukar ke Selangor. Kami seluruh warga ppkibp memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat silap dan salah semasa menjalankan tugas bersama. Kami juga mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru. Berikut gambar-gambar sekitar majlis perpisahan Gpk kami:




























Posted using BlogPress from my iPhone

Isnin, 28 Februari 2011

Lawatan dari IPG Datuk Razali, Kuala Terengganu

27 Feb 2011 - Kelas ppkibp telah menerima satu lawatan guru- guru pelatih pengajian pendidikan Khas dari IPG Datuk Razali kampus Kuala Terengganu. Berikut adalah gambar-gambar sekitar lawatan tersebut:
































Posted using BlogPress from my iPhone