Isnin, 24 Oktober 2011

Senamrobik Kem Kesihatan Diri Murid Peringkat Daerah Dungun

Pada 19 Oktober yang lalu telah diadakan Kem Kesihatan Diri Murid Peringkat Daerah Dungun. Kem kesihatan ini telah diadakan bertempat di SK Paka II. Walaupun kem ini fokus utamanya untuk murid tahun 6, namun pada sesi senamrobik iaitu pada awal pagi semua murid SK Paka II terlibat. Begitu juga dengan murid-murid PPKI Sk Paka II.

Berikut gambar semasa aktiviti senamrobik diadakan:

Rabu, 28 September 2011

Program Ziarah @ Berhari Raya

Pada 19 September yang lalu, telah diadakan Program Ziarah @ hari Raya. Program Ziarah adalah salah satu Program Tahunan yang ada dalam Takwim Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Program yang sebelum ini dikenali 'Home Visit' SK Paka II yang dijalankan setiap tahun ditukar kepada Program Ziarah @ Berhari Raya kali ini merupakan program kali pertama mengabungkan program ziarah dengan program hari raya yang telah dijalankan di rumah murid PPKI iaitu Zakaria bin Mohamad Sani yang tinggal di Kampung Cacar Baru, Paka, 23100 Dungun Terengganu.

Program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara murid-murid,guru-guru,PPM dengan ahli keluarga murid yang terpilih. Program ini sangat bermanfaat dan memberi pendedahan yang sangat besar dalam hidup bermasyarakat kepada murid berkeperluan khas dan istimewa ini.

Berikut Tentatif Program:
8.00: Berkumpul di Kelas PPKI
8.20: bertolak ke rumah murid (zakaria) dengan kereta guru
8.30: taklimat oleh penyelaras program
         Suaikenal dengan keluarga zakaria
8.50: Aktiviti 1 - Permainan Tradisional
        (Ketingting, Dam Aji, Batu Seremban)
         Aktiviti 2 - Pertandingan Mewarna
10.30: jamuan Hari Raya
11.45: Penyampaian Cenderahati
12.00: Bersurai & pulang kesekolah

Berikut gambar semasa Program tersebut:


Khamis, 22 September 2011

Sambutan Hari Raya di PDK Paka

Pada 15 September yang lalu, Semua murid dan guru PPKI Sk Paka II telah dijemput oleh pihak Program Dalam Komuniti (PDK) Paka untuk menghadiri ke Majlis Jamuan Hari Raya. Berikut antara gambar semasa jamuan tersebut:

Terima Kasih buat semua Warga PDK Paka kerana sudi menjemput kami....