Khamis, 6 September 2012

Sambutan Hari Merdekaraya Sepadu Meriah

Tarikh     : 30 Ogos 2012
Masa      : 7.45 Pagi - 1.00 Tengahari
Tempat   : SK Paka II
     Pada tanggal 30 Ogos 2012 (Hari Khamis) telah diadakan Sambutan Hari Merdekaraya  peringkat sekolah. Dua perayaan  ( Sambutan Hari Raya dan Merdeka ) telah disambut secara serentak. Penglibatan semua warga sekolah SK Paka II termasuklah murid-murid PPKI . Pelbagai aktiviti yang dijalankan telah disertai oleh murid-murid PPKI seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan mewarna,persembahan dan jamuan hari raya.Berikut beberapa gambar murid dan guru-guru PPKI yang terlibat dalam majlis tersebut.
Murid-murid PPKI bersama murid arus perdana dalam majlis merdekaraya
Guru-guru PPKI dan Pra Sekolah anggun bergaya dengan baju raya..
Pertandingan mewarna murid-murid PPKI
Adik Mujahid Pra Permata Ilahi (Pra PPKI) tekun mewarna
Guru PPKI sibuk menyediakan juadah hari raya untuk gerai Guru PPKI dan Pra Sekolah
Menu gerai guru PPKI dan Pra Sekolah menarik dan menyelerakan..
Murid-murid PPKI di dewan sekolah bersama warga SEPADU
Persembahan murid PPKI dengan lagu " Selamat Hari Raya" oleh Fazidah Jonid
Bersama dengan hadiah yang dimenangi....
GPK Pend. Khas bersama murid-murid PPKI

Rabu, 15 Ogos 2012

MAJLIS PENUTUP KEM KASIH 1433H

Tarikh       : 14 Ogos 2012 ( bersamaan 25 ramadhan 1433H)
Hari          : Selasa
Masa        : 8.00 hingga 10.15 Pagi
Tempat     : Dewan SK Paka II

        Pada 14 Ogos 2012 ( bersamaan 25 ramadhan 1433H) telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Kem KASIH bagi murid-murid PPKI yang telah diadakan sepanjang bulan ramadhan ini. Program dimulakan dengan ceramah dan kuiz ramadhan yang telah disampaiakan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Amran bin Mat Yasin, diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim oleh adik Nur Syuhada (peserta terbaik hafazan) dan bercerita oleh adik Mohammad Firdaus,disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh GPK Pendidikan Khas dan Perasmian Penutup oleh Encik Noh bin Ayob, Penolong Pegawai, Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Pejabat Pelajaran Daerah Dungun, berakhir dengan penyampaian hadiah peserta Kem KASIH, hadiah peserta terbaik mengikut kategori, hadiah kuiz dan cenderahati.

i
Murid -murid Pra Sekolah, Pra Sekolah Integrasi dan  PPKI


Ceramah Ramadhan oleh Ustaz Mohd Amran
Bacaan ayat-ayat lazim oleh adik Nur Syuhada.
Ucapan Perasmian Penutup oleh Enci Noh bin Ayob
Penyampaian hadiah kepada peserta terbaik
Cenderahati daripada GPK Pendidikan Khas kepada Encik Noh






























o

Khamis, 9 Ogos 2012

KEM KASIH

BAHAGIAN 2
Tarikh        : 31 Julai 2012 (Hari Selasa)
                  :  8 Ogos 2012 (Hari Rabu)
Masa         :  8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi
Tempat      : Masjid Taman Hadhari, Paka

        Kem Anakku  Soleh Istimewa Ramadhan (KASIH) diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang berlainan dan menyeronokkan untuk anak-anak berkeperluan khas. Antaranya amali solat telah dibuat di Masjid Taman Hadhari sebanyak dua kali yang terletak berdekatan dengan SK Paka II, terima kasih kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Taman Hadhari kerana memberi ruang dan kebenaran untuk kami melakukan aktiviti yang telah dirancang.Pelbagai aktiviti telah diajar dan didedahkan secara praktikal untuk murid-murid ini.Antaranya :
~ Adab-adab semasa berada di kawasan dan dalam masjid
~ Doa-doa sebelum masuk dan keluar masjid
~ Amali berwuduk
~Solat Sunat Tahyatul-masjid
~ Cara dan niat Iktikaf
~Amali Solat Fardhu (perbuatan dan bacaan dalam solat)
~Zikir dan doa selepas solat
~ Bacaan ayat-ayat lazim
~Solat Sunat Dhuha
~Gotong-royong membersih kawasan masjid
Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan....
Murid dan guru tiba di Masjid Taman Hadhari, Paka
Belajar mengambil wuduk dengan sempurna

Cikgu Badrul sedang membimbing Hakimi berwuduk dengan betul
Penerangan dan cara-cara solat tahyatul masjid oleh GPK PK
Sujud
Membaca surah al-fatihah
Ruku'...belajar ruku' yang betul
Cikgu Sya dan Af sedang mendengar sebutan dan bacaan daripada murid
Guru Besar turut hadir dan sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti yang dijalankan
Solat sunat Dhuha bersama guru
Gotong-royong...memungut sampah di kawasan masjid sebelum pulang ke sekolah