Rabu, 31 Oktober 2012

PROGRAM 3 DALAM 1

Tarikh          : 31 Oktober 2012 ( Hari Rabu)
Masa           : 9.00 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat        : Bilik PPKI, SK Paka II

3 DALAM 1 :TEMU MURNI, TANDATANGAN RPI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN
 
          Pada 31 Oktober 2012 ( Hari Rabu ) telah diadakan Program Temu Murni, Tandatangan RPI ( semakan 3/2012) dan Jamuan Akhir Tahun 2012. Program ini bertujuan untuk memanggil ibu bapa murid PPKI dan Pra Sekolah Integrasi ke sekolah bagi membincangkan prestasi dan perkembangan anak-anak mereka serta  menerima maklum balas daripada ibu bapa sama ada positif mahu pun negetif dalam semua keadaan semasa mereka di rumah.Ianya bertujuan untuk guru-guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk tahun 2013 nanti. Ibu bapa juga dapat melihat dan menandatangani RPI semakan 3/2012 dan berbincang untuk menentukan RPI seterusnya pada tahun hadapan. Untuk meraikan ibu bapa yang hadir dan semua guru,staf sokongan dan pekerja swasta yang sentiasa memberi sokongan serta dokongan kepada kemajuan Pendidikan Khas di sekolah ini, maka jamuan akhir tahun yang diadakan ini sedikit sebanyak menggambarkan rasa syukur dan terima kasih kami guru-guru ,PPM Pendidikan Khas kepada mereka semua.
Pn Arzoraini, GPK 1 turut hadir memeriahkan Jamuan Akhir Tahun
Guru guru SK Paka II yang turut hadir.....terima kasih kerana memeriahkan majlis kami
Antara juadah yang disediakan oleh guru-guru PPKI
Cikgu Sya sibuk melayan tetamu.....
Cikgu Af melayan murid-murid makan..
Cikgu Sya memaklumkan prestasi dan perkembangan pelajaran kepada En Hafizi (bapa Mohd Hakimi)

Wajah ceria warga guru dan PPM PPKI, SK Paka II
GPK Pendidikan Khas mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan PPM di atas kerjabuat dalam menjayakan majlis ini.Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa,warga guru, staf sokongan dan pekerja swasta yang hadir memeriahkan majlis yang diadakan ini.

PROGRAM PENGURUSAN KEWANGAN

Tarikh       : 23 Oktober 2012 ( Hari Selasa )
Masa        : 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat     ; TMC, Mesra Mall, Kerteh

          Pada 23 Oktober 2012 ( Hari Selasa ) yang lalu telah diadakan satu Program yang telah dirancang dan termasuk dalam takwim tahunan PPKI SK Paka II. Program ini bertujuan untuk memberi ilmu dan pengalaman dalam urusan jual beli secara sebenar. Setiap orang murid diberi peluang mencari barang yang hendak dibeli dengan nilai wang yang ada pada mereka supaya tidak melebihi bajet yang ada pada mereka (RM15.00 seorang). Program ini telah diadakan di TMC. Mesra Mall, Kerteh.Murid-murid diawasi oleh guru-guru dan PPM mengikut kumpulan kecil. Berikut beberapa gambar yang dapat dikongsi bersama.


Khamis, 25 Oktober 2012

PERTANDINGAN MEWARNA MURID SINDROM DOWN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Tarikh        : 24 Oktober 2012 ( Hari Rabu )
Masa         : 8.30 Pagi - 1.00 Tengahari
Tempat      : Dewan Terbuka SKPK Kuala Terengganu

       Pada 24 Oktober 2012 ( Hari Rabu ) telah berlangsung Pertandingan Mewarna Murid Pendidikan Khas Kategori Sindrom Down Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Terbuka SKPK Kuala Terengganu. Daerah Dungun telah diwakili oleh adik Muhamad Amin Fikrie bin Mohd Azmi dan Nurul Hidayah binti Jasli dari SK Paka II,Dungun.
Mat....penuh bersemangat untuk menang
Ida ...sedang tekun mewarna
Suasana dalam dewan terbuka....semasa pertandingan
Rehat sebentar.....lepas tu sambung lagi
Rakan guru dari sekolah lain...
Cikgu Din bersama anak didiknya