Ahad, 30 Ogos 2009

Aktiviti Kokurikulum Tiada Sepanjang Bulan Ramadan

Buat makluman semua ibu bapa,aktiviti kokurikulum yang biasa dijalankan pada hari selasa dihentikan buat sementara sempena menghormati bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, pemakaian baju uniform adalah seperti biasa. Waktu balik bagi murid PPKIBP adalah pukul 12.Harap maklum.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Bekas Murid PPKIBP Meninggal Rabu Lalu

Buat makluman semua warga PPKIBP,bekas murid ppkibp sk paka 2,Mohd Muzaffar telah kembali ke rahmatullah pada Rabu lalu.Sehubungan itu, team PPKIBP akan membuat kutipan derma bagi membantu keluarga Allahyarham Mohd Muzaffar.Team PPKIBP memohon sumbangan daripada semua ibu bapa dan guru-guru supaya dapat menghulurkan sedikit derma. Sumbangan derma boleh diberi kepada Cikgu Ina. Harap kerjasama semua warga ppkibp!

Khamis, 20 Ogos 2009

Ibu Bapa,Guru-guru Dipelawa Menyertai Program 'Hulurkan Cinta, Kasih Bertaut'

Team PPKIBP mengalu-alukan para ibu bapa yang berkemampuan dan rela hati untuk bersedekah dan menyumbang sebarang bentuk bantuan seperti beras,barang-barang keperluan,kewangan, baju sekolah terpakai dan sebarang bantuan yang dirasakan perlu untuk diberikan kepada murid-murid istimewa yang tidak berkemampuan sempena program 'Hulurkan Cinta, Kasih Bertaut'yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini. Program ini bertujuan membantu murid-murid istimewa kita yang tidak berkemampuan.Kecaknaan kita inspirasi insan istimewa.

Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah pada 30.08.2009

Buat makluman semua, SK Paka II akan menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia kali ke 52 pada 30.08.2009 (Ahad).Program sambutan ini akan diisi dengan acara pertandingan mewarna,melukis poster,tazkirah Ramadhan, tayangan video dan deklamasi sajak.

Selamat bercuti dan selamat berpuasa

Untuk makluman ibu bapa, bermula esok sekolah akan bercuti sehingga 29.08.2008.Pada kesempatan ini juga, team PPKIBP ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua warga PPKIBP. Moga kehadiran Ramadan al Mubarak kali ini memberi satu signifikan kepada semua!Team PPKIBP juga mendoakan kejayaan 2 calon UPSR kita.

Selasa, 18 Ogos 2009

Solat Hajat sempena wabak A H1N1 pada 18/8/2009

Untuk makluman semua,pada hari ini 18/8/2009 akan diadakan solat hajat sempena memohon Allh S.W.T agar wabak yang semakin menular di negara kita berkurangan.Solat hajat ini akan disertai oleh murid-murid tahun 4 &5 dan semua guru Sek.Keb Paka II pada pukul 1.40 tengahari.Murid-murid PPKIBP tidak terlibat,walaubagaimanapun aktiviti ko-kurikulum tetap dijalankan selepas itu.Harap maklum!

Aktiviti Berenang pada 19/8/2009 juga dibatalkan

Buat makluman semua ibubapa,pada 19/8/2009 (Rabu)aktiviti berenang akan dibatalkan. Ini memandangkan wabak A H1N1 yang semakin menular dan langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelakkan wabak ini terus merebak,semua aktiviti luar ditangguhkan buat sementara waktu. Sekian,Harap maklum.

Semua lawatan dari sekolahsekolah dibatalkan (19/8/2009)

Berikutan daripada wabak A H1N1 yang semakin menular,semua aktiviti lawatan dari sekolah-sekolah seperti Sek Keb Bukit Nanas yang dijangka pada 19/8/2009 ini telah dibatalkan.Harap maklum.

Isnin, 17 Ogos 2009

Murid-murid Khas Solat Isyak Berjemaah




Sekitar di PROKA, program tambahan yang diatur oleh guru pengiring. Berjemaah di dalam bilik hotel.

PROKA: Amir Tekun Dengar Ceramah





Esok aktivitivi Ko-ko dijalankan seperti biasa ( 18/8/2009)

Untuk makluman semua ibubapa,pada hari esok 18/8/2009 (Selasa)akan diadakan aktiviti ko-ko seperti biasa. Aktiviti itu akan diadakan pada pukul 1.40-3.40 ptg. Diharap kepada semua ibubapa agar dapat mengambil anak masing-masing pada waktu yang telah ditetapkan. Harap Maklum.

Ahad, 16 Ogos 2009

PROKA: Amir Cuba Sesuaikan Diri


Hari pertama Amir di PROKA. Dimulakan dengan slot penceramah BM Penulisan. Pengenalan kertas penulisan dan teknik menjawab soalan bahagian A kertas penulisan diterapkan. Amir didedahkan dengan teknik menjawab soalan yang betul.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Nurul Hidayah Masuk Wad, Hospital Dungun


Team PPKIBP difahamkan bahawa Ida telah dimasukkan ke wad, Hospital Dungun kerana demam.Disebabkan ini, Ida tidak dapat mengikuti lawatan ke Kuala Terengganu tempoh hari. Diharap Ida cepat sembuh...

19.08.2009: SK Bukit Nanas, KT akan melawat PPKIBP SK Paka II

Buat makluman semua, PPKIBP SK Bukit Nanas, KT akan melakukan kunjungan muhibah ke PPKIBP SK Paka II pada Hari Rabu ini (19.08.2009).Sebelum itu, team PPKIBP difahamkan bahawa ada 2 buah sekolah lagi akan melawat PPKIBP SK Paka II pada 18.08.2009. Justeru itu, team PPKIBP amat berharap ibu bapa dapat bekerjasama dengan guru-guru dalam memastikan kelancaran kunjungan tersebut.

PROKA UPSR Fasa 2 di Hotel Sumai, KT (16-19.8.2009)

Bagi meningkatkan lagi prestasi murid-murid istimewa UPSR Terengganu, satu program kecemerlangan akademik (PROKA) fasa II akan diadakan pada 16.08.2009 hingga 19.08.2009 di Hotel Sumai, KT. Murid PPKIBP SK Paka II juga terlibat. Untuk PROKA fasa II ini, hanya Amir yang akan menyertai. Walaupun PPKIBP SK Paka II mempunyai 2 calon, Amir akan diiringi oleh Cikgu Lani. Team PPKIBP mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa Amir kerana membenarkan penyertaan dalam PROKA ini. PROKA ini penting dalam memantapkan prestasi Amir menghadapi UPSR nanti. Sebarang perkembangan tentang Amir di PROKA boleh menghubungi Cikgu Lani(0199505598)

Myvi siapakah ini?


'Zoom in' team ppkibp kali ini telah mengambil gambar sebuah kereta myvi oren. Siapakah pemilik kereta myvi ini? klik2 mengatakan pemilik kereta ini adalah ibu kepada seorang murid ppkibp kita...bukan apa saja je post dalam blog ni...team ppkibp cuma mahu buat gempak je...hehhehe....kereta baru in...huhuhu...murah rezeki...byebye...tattata

Sekitar Kunjungan SK Bukit Payong










Singgah Makan di Kuala Ibai





Main Bowling di TER, Kuala Ibai











Sempena lawatan ke KT juga, team PPKIBP sempat membawa murid-murid bermain bowling di TER, Kuala Ibai. Sungguh mengembirakan!Murid-murid amat teruja bermain bowling. Keterujaan murid-murid ini memberi satu signifikan kepada team PPKIBP untuk menjadikan aktiviti bermain bowling ini satu program berterusan seperti program renang pada masa akan datang. Mungkin ibu bapa dapat membantu team PPKIBP mendapatkan sponsor di Mesra Mall...mana tahu kan...

Sekitar Lawatan ke SMK Bukit Besar, KT






Sempena lawatan ke KT, PPKIBP sempat melawat SMK Bukit Besar.

Selasa, 11 Ogos 2009

Lawatan ke S.M.K Bukit Besar 12/8/2009

Pada hari esok 12/8/2009 (Rabu) satu lawatan bermaklumat akan diadakan ke S.M.K.Bukit Besar di Kuala Terengganu. Disamping itu juga,murid murid ppkibp ini juga akan dibawa melawat ke TER (Terengganu Equestrian Resort). Diharap program lawatan ini akan berjalan dengan lancar.Insyaallah

Isnin, 10 Ogos 2009

(11.08.2009):Esok Aktiviti Kokurikulum Seperti Biasa

Seperti biasa, esok akan diadakan aktiviti kokurikulum iaitu unit beruniform dan sukan. Justeru itu, waktu balik bagi murid-murid yang terlibat aktiviti kokurikulum adalah 3.40 ptg. (1.40-3.40 ptg). Diharap ibu bapa dapat memastikan murid-murid memakai pakaian unit beruniform seperti yang dibekalkan.

Ahad, 9 Ogos 2009

Pendidikan Khas SK Bukit Payong Akan Melawat Kita

Seperti makluman sebelum ini, PPKIBP SK Paka II akan menerima lawatan daripada SK Bukit payong pada 13 Ogos 2009. Rombongan mereka akan disertai oleh murid-murid khas seramai 28 dan 17 orang guru/ppm. Sehubungan itu, Team PPKIBP memohon sumbangan berupa makanan/sedikt kewangan daripada ibu bapa bagi menampung dan melancarkan program lawatan tersebut

Khamis, 6 Ogos 2009

Lawatan ke Kuala Terengganu 9/8/2009 ditunda ke 12/8/2009

Untuk makluman semua ibubapa,lawatan ke Kuala Terengganu pada 9/8/2009 (Ahad ) ini ditundakan ke 12/8/2009 (Rabu) ini. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Cikgu Zul (019-9250698).Sekian, Harap maklum.

4 Sekolah Akan Melawat PPKIBP SK Paka II Minggu Depan

Buat makluman semua, PPKIBP SK Paka II akan menerima tetamu iaitu 4 buah sekolah yang akan melawat PPKIBP SK paka II pada minggu depan. Team PPKIBP berasa gembira untuk menerima kunjungan muhibah daripada 4 buah sekolah tersebut. Segala persiapan untuk menerima tetamu ini sedang rancak dibuat. Ibu bapa yang sudi membantu team PPKIBP dengan mahu membuat sedikit sumbangan bagi membiayai kos makanan bolehlah menghubungi cikgu Ina atau cikgu Dah.

Selasa, 4 Ogos 2009

Program Renang Esok Batal!

Buat semua makluman ibu bapa, program renang yang dijadualkan esok dibatalkan kerana masalah pengangkutan. Walau bagaimanapun, team ppkibp akan mengatasi masalah ini untuk waktu akan datang bagi memastikan kelancaran program ini pada waktu akan datang.Harap maklum.

Isnin, 3 Ogos 2009

Aktiviti kokurikulum esok:Murid kena bawa sebungkus maggie

Bagi pengisian aktiviti kokurikulum esok, team ppkibp sepakat untuk membuat aktiviti masakan maggie. Untuk itu, team ppkibp berharap ibu bapa dapat memastikan setiap murid membawa sebungkus maggie untuk aktiviti masakan esok. Sebarang pertanyaan tentang aktiviti masakan maggie ini,bolehlah merujuk kepada cikgu Faridah.

Esok (4.8.2009): aktiviti kokurikulum seperti biasa

Seperti biasa, esok akan diadakan aktiviti kokurikulum iaitu unit beruniform dan sukan. Justeru itu, waktu balik bagi murid-murid yang terlibat aktiviti kokurikulum adalah 3.40 ptg. (1.40-3.40 ptg). Diharap ibu bapa dapat memastikan murid-murid memakai pakaian unit beruniform seperti yang dibekalkan.

Ahad, 2 Ogos 2009

Sekitar di Mesyuarat Biro Kebajikan kali 3








Kehadiran ibu bapa ke mesyuarat biro kebajikan PPKIBP kali ini mengecewakan. Kehadiran yang tidak mencapai 50%. Ini mungkin ibu bapa mempunyai sebab-sebab tertentu yang memungkinkan ketidak hadiran mereka. Walau bagaimanapun, mesyuarat tetap diteruskan dengan kehadiran yang lain. Banyak perkara dibincangkan. Antara keputusan mesyuarat adalah perlantikan En Mohamed Bakhory sebagai Timbalan Yang Dipertua Biro Kebajikan PPKIBP menggantikan Pak Kob.