Rabu, 30 Oktober 2013

PROGRAM ZIARAH KALI KE-5

Tarikh       : 28 Oktober 2013 ( Hari Isnin )
Tempat     : Rumah Zakaria bin Muhammad Sani
Alamat      : 4254, Kg. Cacar Baru, Paka

         Pada tarikh tersebut telah diadakan Program Ziarah terakhir untuk sesi persekolahan 2013 sebagaimana takwim dan perancangan Pendidikan Khas SK Paka II. Pelbagai aktiviti menarik telah di adakan, antaranya "  Pertandingan Bowling Kelapa", Permainan Tradisional " Lastik Getah" dan melukis permandangan bagi murid "High Function " seta mewarna bagi murid " Low Function ". BBQ dan jamuan juga diadakan bagi memberi pendedahan semaksimum mungkin dengan dunia luar kepada murid-murid berkeperluan khas SK Paka II.
Permandangan cantik di hadapan rumah Zakaria @ Pok Ya
Cikgu Di menunjukcara untuk membaling kelapa..
Cikgu Murni menunjukkan skill bermain " bowling kelapa"
Cikgu Sha.. menunjukkan cara meletakkan getah ....
Permainan Tradisional " Lastik Getah " menguji psikomoto murid-murid dan guru
BBQ...Ayam
Pertandingan Mewarna
Ramah mesra dan penyampaian hadiah
Cenderahati daripada PKPK  kepada Kak Som, ibu Zakaria
Kenangan bersama keluarga Zakaria @ Pok Ya

ANUGERAH TERBAIK 2013

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TERENGGANU 2013

         Pada 24 Oktober 2013 ( Hari Khamis ) telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Terengganu bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu. PPKI SK Paka II telah mendapat " ANUGERAH PENGURUSAN KELAS PENDIDIKAN KHAS TERBAIK ( KATEGORI SEKOLAH RENDAH ) 2013 ". Syabas dan tahniah daripada pihak Pengurusan Sekolah kepada semua guru-guru, ibu bapa dan murid-murid PPKI SK Paka II khususnya serta seluruh warga SEPADU yang sentiasa memberi kerjasama dalam menjayakan Program Pendidikan Khas di SK Paka II.


Rabu, 9 Oktober 2013

LAWATAN BERMAKLUMAT PPKI SK PAKA II KE NEGERI PERAK

Tarikh     : 17 - 19 September 2013
Hari        :  Selasa - Khamis
Tempat   : Pulau Pangkor, Tambun Lost World, Zoo Taiping & Safari Night


Guru dan murid-murid PPKI SK Paka II yang menyertai lawatan
     Pada 17 hingga 19 September 2013 telah diadakan Lawatan Bermaklumat  murid-murid PPKI SK Paka II bersama dengan Badan Disiplin & Pengawas SK Paka II ke negeri Perak. Seramai 12 orang murid PPKI diiringi oleh 6 orang guru Pendidkan Khas telah menyertai lawatan tersebut. Tempat-tempat yang dilawati antaranya Pulau Pangkor,Taman airTambun "Lost World', Zoo Taiping & Safari selama 3 hari 2 malam.
Buat kenangan di jeti Pulau Pangkor
Kenangan bersama semua peserta di pintu masuk "Tambun Lost World"
Zoo Taiping & Night Safari
Pihak Pengurusan Sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah terutama kepada Penyelaras Lawatan Cikgu Tuan Zaidi b Tuan Soh dan semua guru PPKI yang telah berjaya mengadakan lawatan tersebut.


JOHAN PERINGKAT NEGERI DAN KETIGA KEBANGSAAN

MTQ PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2013

        TAHNIAH DAN SYABAS... kepada Adik Muhamad Firdaus bin Azahar dan Nur Surhada binti Roseli di atas kejayaan mendapat JOHAN BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN (Rendah) kategori BP Lelaki dan Perempuan dalam MTQ Pendidikan Khas 2013 yang telah diadakan di SMK Pulau Serai, Dungun Peringkat Negeri Terengganu.
JOHAN Bercerita Peringkat Negeri
Manakala dalam MTQ Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 23 - 26 September 2013 di PCB Resort dan Hotel Perdana, Kota Bharu, mereka berjaya mengharumkan nama negeri Terengganu amnya dan SK Paka II khususnya dengan mendapat tempat KETIGA Peringkat Kebangsaan. Syabas dan Tahniah daripada Pengurusan Sekolah.
Tempat KETIGA Kategori BP (P) Rendah Peringkat Kebangsaan
Tempat KETIGA Kategori BP (L) Rendah Peringkat Kebangsaan
Jurulatih Bercerita.,. Cikgu Sha dan linda bersama peserta