Khamis, 9 Disember 2010

Selamat bercuti

Seluruh warga ppkibp mengucapkan selamat bercuti buat semua. Semoga cuti kita dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Insyaallah. Sekolah akan dibuka semula pada 2/1/2011. Selamat bercuti!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Selamat bercuti

Seluruh warga ppkibp mengucapkan selamat bercuti buat semua, semoga cuti kita akan diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Sekolah akan beroperasi semula pada 2/1/2011. Selamat bercuti!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Khamis, 11 November 2010

Tahniah shafarizal

Tahniah diucapkan kepada shafarizal kerana telah mendapat 2b 2c 1e dalam peperiksaan upsr tahun ini. Di harap shafarizal akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan di masa hadapan.

Rabu, 10 November 2010

Hari Cakna Intan

Untuk makluman semua ibubapa pada 10/11(kump A) & 11/11 (kump B) akan diadakan hari " Cakna Intan" iaitu hari untuk menandatangani buku prestasi murid dan persidangan rpi kali ketiga untuk tahun 2010. Oleh itu, semua ibubapa diharap dapat hadir pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Harap maklum.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Aktiviti penggunaan wang di TMC Mesra Mall

Pada 7/11/2010 yang lalu, satu aktiviti penggunaan Wang telah diadakan di TMC Mesra Mall Kerteh untuk murid-murid PPKIBP. Objektif sebenar aktiviti ini adalah supaya murid-murid ppkibp dapat mengaplikasikan penggunaan wang dalam kehidupan seharian mereka. Berikut adalah gambar-gambar sekitar program tersebut.





























Posted using BlogPress from my iPhone

Khamis, 28 Oktober 2010

Aktiviti "Home Visit"

Pada hari ini, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu Pn Hajah Eshah Bt Abdullah bersama dengan pembantu pengurusan murid telah berkunjung ke rumah dua orang murid PPKIBP iaitu Iszahar dan M.Ilham. Aktiviti kunjungan ke rumah murid ini adalah bertujuan untuk berkongsi bersama serta melihat sebenar keadaan kehidupan dan tempat kediaman murid yatim. Disamping itu juga sebanyak RM 400 telah disumbangkan kepada 2 keluarga murid tersebut. Pihak PPKIBP juga berharap agar dapat membuat lagi kunjungan muhibbah sebegini sekiranya ada kelapangan waktu ke rumah murid yang lain di masa hadapan. Insyaallah.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Selasa, 26 Oktober 2010

Kes kajian tindakan 2010

Kami warga ppkibp telah ditugaskan untuk membuat satu kes kajian tindakan mengenai pengurusan tingkahlaku dan masalah pembelajaran murid-murid pendidikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan mengkaji masalah tingkah laku murid pendidikan khas. Kajian ini juga bertujuan untuk menyelidik kaedah dan strategi untuk mengatasi masalah tingkahlaku dan masalah pembelajaran murid-murid pendidikan khas. Tempoh kajian ini adalah selama satu tahun. Kes kajian yang telah siap akan diserahkan kepada Guru Penolong Kanan Khas pada 31 Okt ini. Harap maklum.

Selasa, 19 Oktober 2010

Gambar sekitar program riadah di Pantai Paka, Dungun

Pada 5/10/2010, pihak PPKIBP telah mengadakan satu program riadah di pantai Paka, Dungun. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan sebenar kepada murid-murid istimewa dalam membina hubungan sosial dengan masyarakat luar. Berikut adalah gambar sekitar program riadah di Pantai Paka Dungun.


                                                  
                                                
                                                            
                                                                                                    

Isnin, 18 Oktober 2010

Lagi gambar sambutan Hari Lahir di McDonalds Kerteh

Berikut adalah sebahagian lagi gambar sekitar sambutan hari lahir di Mcdonald Kerteh pada 12 Oktober 2010.



                                                                                  
                                                      
                                                                              
                                           
                                                                              
  
                                                                                  
                                                                                
                                                                                    

Selasa, 12 Oktober 2010

Sambutan Hari Lahir di McDonalds

Pada hari ini telah diadakan sambutan hari lahir buat semua murid ppkibp di mcdonald kerteh. Objektif aktiviti ini adalah untuk meraikan murid2 istimewa dengan sambutan sebenar hari lahir. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna, permainan kerusi muzik dan penyampaian hadiah hari lahir. Berikut adalah sebahagian gambar sekitar sambutan hari lahir tersebut:


































Posted using BlogPress from my iPhone

Sabtu, 2 Oktober 2010

Majlis tautan kasih semarak Sayang

Untuk makluman semua pada hari ini semua warga pendidikan Khas negeri Terengganu telah turut serta menghadiri majlis tautan kasih semarak Sayang di dewan Wisma Darul Iman Kuala Terengganu. Majlis ini diadakan bersempena majlis persaraan pengarah pelajaran negeri terengganu iaitu Tuan Haji Ariffin b. Embong.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Khamis, 23 September 2010

Sekitar peperiksaan upsr calon ppkibp tahun 2010

Berikut adalah gambar semasa calon ppkibp sedang menjawab soalan peperiksaan upsr 2010. Semoga Shafarizal dapat menjawab dengan sebaik mungkin dan beroleh kejayaan yang cemerlang. Insyaallah.









Isnin, 20 September 2010

Selamat menghadapi UPSR 21/9/2010 - 23/9/2010

Buat semua calon UPSR skpaka2, diucapkan selamat menghadapi peperiksaan upsr. Tidak ketinggalan juga buat calon tunggal ppkibp iaitu Mohd Shafarizal, semoga dapat menjawab dengan sebaik mungkin dan beroleh kejayaan yang cemerlang. Insyaallah. All the best and good luck for everbody!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Jumaat, 17 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pihak ppkibp mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua. Diharap lebaran kali ini memberi keberkatan dan keinsafan buat kita semua.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Ahad, 5 September 2010

Bantuan makanan kepada anak yatim dan murid miskin

Sempena menyambut hari lebaran yang bakal menjelang, badan kebajikan sekolah telah mengadakan kutipan bagi memberi bantuan makanan kepada anak yatim dan murid miskin. Beberapa orang murid miskin dan anak yatim ppkibp telah layak menerima bantuan makanan tersebut. Berikut adalah gambar-gambar sekitar pengagihan bantuan makanan tersebut oleh Guru Penolong Kanan ppkibp iaitu Pn Hajah Eshah Bt Abdullah.










- Posted using BlogPress from my iPhone

Isnin, 16 Ogos 2010

Demonstrasi memberus gigi

Pada hari ini, satu demonstrasi memberus gigi dengan cara yang betul telah ditunjukkan oleh jururawat pergigian kepada murid-murid ppkibp skpaka2. Berikut adalah gambar-gambar sekitar demonstrasi memberus gigi tersebut:













Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat berpuasa

Pihak ppkibp mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan. Ikhlaskan hati mohon kemaafan. Semoga kedatangan Ramadhan pada kali ini akan memberi keberkatan kepada kita semua.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Jumaat, 30 Julai 2010

Lawatan Bermaklumat ke Kuala Terengganu 4/8/2010

Untuk makluman semua ibubapa,satu lawatan bermaklumat ke Kuala Terengganu akan diadakan pada 4/8/2010 (Rabu) ini. Antara tempat yang akan dilawati ialah Planetarium, Sutera Semai dan Mydin Mall. Harap maklum.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sekitar Peperiksaan Percubaan UPSR 2010

Pada 27/7/2010-29/7/2010 yang lalu,calon PPKIBP iaitu Mohd Shafarizal b.M.Zamaruki telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Berikut adalah sekitar peperiksaan tersebut:

Sekitar Latihan Persembahan Nyanyian Lagu Namun Ku punya Hati

Untuk Persembahan bagi Golf Amal yang akan diadakan pada 7/8/2010 ini, Kelas PPKIBP akan mengadakan persembahan nyanyian lagu Namun Ku Punya Hati dan juga tarian rakyat. Berikut adalah sekitar latihan persembahan untuk nyanyian:





Isnin, 26 Julai 2010

Percubaan upsr 27/7/2010 - 29/7/2010

Untuk makluman semua, pada 27/7/2010-29/7/2010 akan berlansungnya percubaan upsr 2010. Untuk satu-satunya calon tunggal upsr ppkibp tahun 2010 iaitu Mohd Shafarizal diharapkan dapat menjawab dengan sebaik mungkin dan beroleh kejayaan yg terbaik buat dirinya. All the best shafarizal and good luck!


- Posted using BlogPress from my iPhone