Ahad, 2 Mac 2014

JAMUAN PERPISAHAN DAN PERTUKARAN GPK PENDIDIKAN KHAS

Tarikh        : 20 Februari 2014 ( Hari Khamis)
Masa         : 1.30 Petang
Tempat      : Restoran Penyu, Paka

       Pada hari khamis 20 Februari 2014 merupakan hari terakhir GPK Pendidikan Khas, Encik Baharudin bertugas dan berkhidmat serta mencurah bakti selama lebih kurang 2 tahun 9 bulan di SK Paka II( jangka waktu yang terlalu singkat), Saya telah ditukarkan ke SK Tanjung Pati, Dungun ( Pertukaran Setara) juga sebagai GPK Pendidikan Khas di sekolah itu ( Perjawatan  GPK Pendidikan Khas Baru 2014 di SK Tanjung Pati ).Saya mengambil kesempatan ini merakamkam jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan komitmen semua guru, ppm, murid-murid PPKI serta seluruh warga SEPADU sepanjang saya bertugas di sekolah ini.Syabas dan tahniah di atas semua kejayaan yang telah dicapai oleh PPKI SK Paka II. Teruskan momentum kecemerlangan di masa hadapan dan dikesempatan ini saya memohon kemaafan zahir dan batin jika ada salah silap serta kekurangan sepanjang saya menjalankan tugas di SK Paka II. SALAM PENDIDIKAN KHAS UNTUK SEMUA. Berikut beberapa gambar yang dapat dikongsi semasa jamuan tersebut. Terima Kasih.


MAJLIS CAKNA DAN TANDATANGAN RPI

Tarikh          : 20 Februari 2014 (Hari Khamis)
Masa           : 9.00 Pagi
Tempat        : Bilik Mesyuarat SK Paka II

          Pada hari khamis 20 Februari 2014 Unit PPKI SK Paka II telah mengadakan Perjumpaan Ibu Bapa  dan Penjaga ( Majlis Cakna) dan Tandatangan RPI ( Semakan 1/ 2014) bertempat di Bilik Mesyuarat SK Paka II. Antara tentatif yang dijalankan pada hari tersebut ialah Ucapan Aluan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, taklimat oleh GPK Pendidikan Khas, Soal-jawab bersama ibu bapa, perlantikan AJK KAKEM, tayangan multimedia aktiviti PPKI sepanjang tahun 2013,pebincangan permasalahan murid bersama ibu bapa masing-masing dan tandatangan RPI serta berakhir dengan jamuan. Berikut beberapa gambar yang dapat dikongsi bersama.


Sabtu, 1 Mac 2014

LATIHAN FUTSAL 2014

Tarikh         : 19 Februari 2014 ( Hari Rabu)
Masa          : 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat       : Gelanggang Futsal Master Scaff, Paka

          Permainan dan latihan Futsal  bagi tahun 2014 telah dijalankan pada tarikh tersebut dengan penglibatan semua murid PPKI dan Prasekolah Integrasi serta semua guru, ppm PPKI SK Paka II bertempat di Gelanggang Futsal Master Scaff, Paka yang diberi penggunaan secara percuma sepanjang tahun 2014. Pihak Pengurusan Sekolah merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Dahlan, Pengurus Master Scaff dan Staff di atas kebenaran dan kemudahan yang diberikan kepada murid bekeperluan khas SK Paka II.Permainan Futsal merupakan aktiviti 1M 1S untuk murid PPKI, SK Paka II.Ianya akan berjalan sepanjang tahun dengan kekerapan 2 kali dalam sebulan. Berikut beberapa gambar yang dapat dikangsi bersama.



Selasa, 25 Februari 2014

LATIHAN PETANQUE KALI PERTAMA 2014

Tarikh        : 17 Februari 2014 ( Hari Isnin )
Masa         : 7.45 hingga 9.30 pagi
Tempat      : Padang SK Paka II

         Program 1M1S PPKI SK Paka II telah dijalankan buat pertama kali pada tahun 2014 dengan memilih permainan Petanque. Permainan ini dipilih kerana ianya sangat sesuai dengan sebagai unsur terapi psikomotor halus dan kasar serta perkembangan sosial murid berkeperluan khas. Dalam Pendidikan Khas permainan Petanque juga dipertandingkan sehingga ke peringkat kebangsaan. Oleh itu Unit Pendidikan Khas SK Paka II memilih permainan ini untuk memperkembangkan lagi bakat yang ada pada mereka. Berikut beberapa foto yang sempat dirakamkan untuk dikongsi bersama.



Sabtu, 1 Februari 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1435 H PERINGKAT SEKOLAH MERIAH..

Tarikh      : 30 Januari 2014 ( bersamaan 28 Rabiulawwal 1435 H)
Hari         : Khamis
Tempat    : SK Paka II dan Masjid Taman Hadhari, Paka.

Pada hari khamis yang lalu bertarikh 30 Januari 2014 telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat sekolah dalam suasana meriah dengan ungkapan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Semua warga SK Paka II terlibat dalam sambutan tersebut termasuklah murid-murid Pendidikan Khas (PPKI) turut mengambil bahagian. Acara dimulakan dengan bacaan surah Yasin, berselawat beramai-ramai di dataran Perhimpunan, diikuti dengan ucapan Tuan Haji Mat Lazim ( Guru Besar SK Paka II). Perarakan murid-murid Prasekolah, PPKI dan murid  arus Perdana mengikut rumah-rumah sukan bergerak sambil berselawat menuju ke Masjid Taman Hadhari yang jaraknya lebih kurang 1 KM dari SK Paka II.Di masjid murid-murid mendengar ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Saidi ( Pensyarah PSMZA, Dungun). Selesai mendengar ceramah murid berarak pulang semula ke sekolah. Selesai semua murid rehat, mereka berkumpul di dewan sekolah dan mengikuti pertandingan nasyid tahap 1 dan 2 mengikut rumah sukan.Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dalam semua pertandingan dan piala pusingan.