Tarikh : 17 Februari 2014 ( Hari Isnin )
Masa : 7.45 hingga 9.30 pagi
Tempat : Padang SK Paka II
Program 1M1S PPKI SK Paka II telah dijalankan buat pertama kali pada tahun 2014 dengan memilih permainan Petanque. Permainan ini dipilih kerana ianya sangat sesuai dengan sebagai unsur terapi psikomotor halus dan kasar serta perkembangan sosial murid berkeperluan khas. Dalam Pendidikan Khas permainan Petanque juga dipertandingkan sehingga ke peringkat kebangsaan. Oleh itu Unit Pendidikan Khas SK Paka II memilih permainan ini untuk memperkembangkan lagi bakat yang ada pada mereka. Berikut beberapa foto yang sempat dirakamkan untuk dikongsi bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan