Isnin, 28 September 2009

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Murid-Murid Pendidikan Khas


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelas Pendidikan Khas SK Paka II akan mengadakan Jamuan Hari Raya seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 1 Oktober 2009
Hari: Khamis
Tempat:Kelas PPKIBP
Masa: 10.00 Pagi

Sehubungan dengan itu,anak jagaan tuan/puan diminta membawa kuih raya/makanan ringan untuk menyerikan lagi program ini.

Esok (29.09.2009) Ada Aktiviti Kokurikulum

Untuk makluman semua ibubapa,pada hari esok 29/9/2009 (Selasa)akan diadakan aktiviti kokurikulum seperti biasa. Aktiviti itu akan diadakan pada pukul 1.40-3.40 ptg.semua ibu bapa dapat memastikan anak-anak memakai baju beruniform yang dibekalkan. Diharap kepada semua ibubapa agar dapat mengambil anak masing-masing pada waktu yang telah ditetapkan. Harap Maklum.

Ahad, 27 September 2009

Terima Kasih Kepada Semua Yang Menjayakan Program Hulurkan Cinta,Kasih Bertaut

Team PPKIBP mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru SK Paka II, ibu bapa dan orang-orang perseorangan yang sudi menghulurkan barang keperluan seperti beras,baucer barangan,pakaian terpakai dan sumbangan duit raya bagi membantu murid-murid istimewa yang kurang berkemampuan sempena Bulan Ramadhan tempoh hari.Terima kasih...Komitmen anda semua membuktikan masih ada yang sayang kepada insan-insan istimewa.

Rabu, 16 September 2009

Sambutan Pra Raya di PPKIBP






Sempena esok bermula cuti raya, Team PPKIBP telah mengadakan majlis Pra Raya. Majlis ini diadakan untuk memberi peluang kepada guru-guru,PPM dan murid-murid PPKIBP bermaaf-maafan sesama sendiri.Sambutan pra raya ini juga memberi kesempatan kepada warga ppkibp membuat ucapan raya dan memberi duit raya kepada murid-murid.

Majlis Perpisahan Guru Pelatih






Pada hari ini, 2 orang guru pelatih IPGMKDRI iaitu cikgu pelatih Rosli dan Firdaus telah berjaya menamatkan latihan praktikum di PPKIBP SK Paka II.Team PPKIBP mengambil kesempatan ini mengadakan majlis perpisahan mereka secara kecil-kecilan bagi menghargai jasa mereka selama 3 bulan berada di sini. Team PPKIBP mewakili warga PPKIBP SK Paka II mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi memilih SK Paka II untuk berkhidmat. Jasa mereka berdua akan dikenang oleh warga ppkibp.

Esok 17.09.2009 Sekolah Cuti Sempena Hari Raya

Buat makluman ibu bapa dan warga PPKIBP, esok 17.09.2009, SK Paka II telah mengambil cuti peristiwa sempena cuti hari raya. Justeru, cuti perayaan bermula esok hingga 26.09.2009. Harap maklum

Khamis, 10 September 2009

Mohon Sumbangan Untuk Program Hari Keluarga Pendidikan Khas 2009

Sempena Program Hari Keluarga Pendidikan Khas SK Paka II, Team PPKIBP ingin memohon sumbangan berbentuk kewangan, hamper, makanan dan pelbagai hadiah yang difikirkan sesuai daripada mana-mana pihak yang sudi membantu menjayakan Hari Keluarga Pendidikan Khas. Semua sumbangan boleh dihulurkan kepada team ppkibp. Kami amat berharap agar semua warga Pendidikan Khas berusaha mencari sponsor bagi memastikan kelancaran Hari Keluarga Pendidikan Khas SK Paka II pada tahun ini. Kerjasama anda amat diperlukan. Kepada mana-mana company diharap dapat menyumbang kepada warga pendidikan Khas. Kecaknaan kita inspirasi Insan Istimewa!

Selasa, 8 September 2009

UPSR: Selamat Berjaya Kepada Amir & Li Ching

2 Calon PPKIBP, Amir dan Li Ching akan menduduki Peperiksaan UPSR bermula hari ini. Team PPKIBP berharap kedua-dua calon ini dapat menjawab dengan baik. Selamat berjaya kepada Amir dan Li Ching.

Hari Keluarga PPKIBP SK Paka II Pada 31 Oktober 2009

Keputusan mesyuarat team PPKIBP dengan Jawatankuasa Biro Kebajikan pada Ahad lepas menetapkan bahawa Hari Keluarga PPKIBP akan diadakan pada 31 Oktober 2009 (Sabtu) di Gelombang Pantai Chalet, Paka. Buat permulaan ini, setiap keluarga dikenakan bayaran RM30. Team PPKIBP berharap ibu bapa dapat mengembalikan borang penyertaan secepat mungkin untuk membolehkan team PPKIBP membuat kaji selidik penyertaan.Sebarang pertanyaan atau masalah boleh berhubung dengan team PPKIBP. Harap maklum

Sabtu, 5 September 2009

Ibu bapa calon UPSR perlu peka

Oleh Haika Khazi dan Umi Nadirah Abdul Rahman
bhnews@bharian.com.my

PUTRAJAYA: Ibu bapa 517,908 calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diminta sentiasa mengikuti perkembangan wabak selesema babi (H1N1) selain memastikan anak mereka mengamalkan kebersihan diri.

Peperiksaan berkenaan akan bermula Selasa ini selama tiga hari di 8,289 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Kementerian Pelajaran dalam kenyataan media semalam berkata, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) juga mengeluarkan pekeliling khas berkaitan garis panduan menghadapi H1N1 yang boleh mengancam perjalanan peperiksaan kepada semua sekolah.



Garis panduan berkenaan menghendaki pelajar dan keluarga mengikuti perkembangan terkini mengenai jangkitan H1N1 menerusi KPM dan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, dalam satu kenyataan menjelaskan, murid yang tidak sihat dan perlu dimasukkan ke hospital berikutan wabak H1N1, tidak diberi sebarang penangguhan tarikh untuk menduduki UPSR.

Murid yang tidak sihat dan perlu dimasukkan ke hospital boleh menduduki UPSR pada tarikh sama dengan pengawasan khas.



“Ibu bapa atau penjaga juga perlu menasihati anak mereka supaya sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan virus H1N1 daripada terus merebak.

“Pelajar dan ahli keluarga juga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan LPM sekiranya mereka mempunyai tanda jangkitan H1N1,” katanya.

LPM juga membuka Bilik Gerakan USPR yang beroperasi 24 jam bagi memudahkan orang ramai berurusan dan menyalurkan sebarang maklumat mulai 1 hingga 11 September ini.

Mereka yang menghadapi masalah boleh menghubungi 03-88893601 atau 03-88893809, faksimili 03-88893010 dan 03-88893445.

Daripada jumlah calon itu, seramai 510,127 atau 98.5 peratus adalah calon sekolah di bawah Kementerian Pelajaran manakala baki 7,783 atau 1.5 peratus lagi calon swasta.

“Semua calon dinasihat membawa Borang Perakuan Calon Peperiksaan UPSR 2009 dan dikehendaki meletakkannya di atas meja untuk semakan Ketua Pengawas pada setiap hari peperiksaan.

"Mereka juga dikehendaki menduduki Ujian Aptitud Darjah Enam yang baru diperkenalkan, pada hari terakhir peperiksaan UPSR," katanya.

UPSR: Selamat Berjaya Kepada Amir dan Li Ching

Bermula 8 September ini hingga 10.09.2009, peperiksaan UPSR akan berlangsung.Team PPKIBP mengucapkan selamat berjaya kepada 2 calon PPKIBP iaitu Gam Li Ching dengan W Amiruddin.Buat yang terbaik untuk diri sendiri.