Rabu, 19 Mei 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Untuk makluman semua ibubapa, peperiksaan pertengahan tahun 2010 akan diadakan pada 
23/5/2010-27/5/2010

Berikut adalah jadual peperiksaan pertengahan tahun 2010:

23/5/2010 (Ahad)         Bahasa Melayu
24/5/2010 (Isnin)          Bahasa Inggeris
25/5/2010 (Selasa)       Matematik & Kemahiran Hidup
26/5/2010 (Rabu)         Sains
27/5/2010 (Khamis)     Pendidikan Agama Islam

Harap Maklum.

Gambar-gambar sekitar sambutan Hari Guru

                      Joseph memotong kek sempena meraikan sambutan Hari Guru


         Guru-guru sedang menunggu untuk aktiviti pertukaran hadiahantara guru dan jamuan makan.


                  PPM tak sabar menunggu untuk cabutan hadiah pertukaran guru

Isnin, 17 Mei 2010

Gotong-royong sempena Hari Guru

Sabtu, 15 May - Sempena Hari Guru, satu gotong royong telah diadakan bagi menceriakan lagi kelas PPKIBP Sek Keb Paka 2.



Aktiviti Terapi Cergas PPKIBP bersama Prasekolah

Rabu, 12 May - PPKIBP dan Prasekolah Sek Keb Paka 2 telah menjalani satu aktiviti terapi cergas di dewan sekolah. Aktiviti terapi cergas ini dijalankan selama satu jam bagi memberi pendedahan kepada murid-murid khas serta murid-murid prasekolah kepada aktiviti diluar bilik darjah yang boleh mencergaskan tubuh badan serta minda mereka. Berikut adalah gambar-gambar disekitar aktiviti terapi cergas tersebut:





Selamat Hari Guru

Ahad, 16 May  - Pihak PPKIBP mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yang berada dimana sahaja.Semoga jasa dan budi kalian dalam mendidik anak bangsa tidak dilupa.Selamat hari guru,cikgu...

Ahad, 9 Mei 2010

Majlis perpisahan Cg Zul

Untuk makluman semua, Cg Zul telah bertukar ke Sek Men Keb Sura, Dungun. Pihak PPKIBP SK Paka 2 memohon ampun dan maaf kepada Cg Zul sekiranya terdapat salah silap atau kekurangan selama berkerja bersama disini.. Pihak PPKIBP SK Paka 2 juga berharap agar Cg Zul dapat memberikan komitmen serta bekerja dengan penuh dedikasi di sekolah yang baru.Wish u all the best Cg Zul