Jumaat, 30 Julai 2010

Lawatan Bermaklumat ke Kuala Terengganu 4/8/2010

Untuk makluman semua ibubapa,satu lawatan bermaklumat ke Kuala Terengganu akan diadakan pada 4/8/2010 (Rabu) ini. Antara tempat yang akan dilawati ialah Planetarium, Sutera Semai dan Mydin Mall. Harap maklum.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sekitar Peperiksaan Percubaan UPSR 2010

Pada 27/7/2010-29/7/2010 yang lalu,calon PPKIBP iaitu Mohd Shafarizal b.M.Zamaruki telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Berikut adalah sekitar peperiksaan tersebut:

Sekitar Latihan Persembahan Nyanyian Lagu Namun Ku punya Hati

Untuk Persembahan bagi Golf Amal yang akan diadakan pada 7/8/2010 ini, Kelas PPKIBP akan mengadakan persembahan nyanyian lagu Namun Ku Punya Hati dan juga tarian rakyat. Berikut adalah sekitar latihan persembahan untuk nyanyian:





Isnin, 26 Julai 2010

Percubaan upsr 27/7/2010 - 29/7/2010

Untuk makluman semua, pada 27/7/2010-29/7/2010 akan berlansungnya percubaan upsr 2010. Untuk satu-satunya calon tunggal upsr ppkibp tahun 2010 iaitu Mohd Shafarizal diharapkan dapat menjawab dengan sebaik mungkin dan beroleh kejayaan yg terbaik buat dirinya. All the best shafarizal and good luck!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Rabu, 14 Julai 2010

Hari persidangan rpi dan tandatangan buku laporan prestasi

Untuk makluman semua ibubapa hari persidangan rpi dan tandatangan buku laporan prestasi akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Julai 2010 ( Kump A)
22 Julai 2010 ( Kump B)
Hari. : Rabu & Khamis
Masa : 12.15 tghari

Oleh itu, semua ibubapa diharap dapat hadir pada hari yg telah ditetapkan. Sekian, harap maklum.

Selasa, 13 Julai 2010

Latihan sukaneka 13/14&15 Julai 2010

Untuk makluman semua ibubapa & penjaga pada 13,14&15 Julai 2010 ini (Selasa.Rabu & Khamis) jam 8-9.30 pagi akan diadakan latihan sukaneka bagi murid-murid ppkibp. Oleh yang demikian, semua murid dikehendaki berpakaian sukan pada hari dan tarikh yang ditetapkan. Sekian, harap maklum.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Khamis, 8 Julai 2010

Anugerah Cemerlang Pendidikan Khas Daerah Kemaman Kali ke 4

Pihak ppkibp mengambil peluang untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Sk Paka 2 iaitu Pn Hajah Eshah Bt Abdullah kerana telah menerima Anugerah Cemerlang Pendidikan Khas Daerah Kemaman baru-baru ini. Ini merupakan anugerah cemerlang yang ke 4 yg telah beliau terima. Tahniah! Pn Hajah Eshah.

Rabu, 7 Julai 2010

Latihan sukaneka

Untuk makluman semua ibubapa,latihan sukaneka bagi kelas ppkibp akan diadakan pada 8/7/2010 (khamis) jam 8.00 pagi. Oleh itu,semua murid dikehendaki berpakaian sukan pada hari berkenaan. Harap maklum.


- Posted using BlogPress from my iPhone