Isnin, 27 Jun 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Dungun

Pada 22 Jun yang lalu telah diadakan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Dungun bertempat di SMK Pulau Serai. PPKIBP SK Paka II telah menghantar wakil Nasyid, Hafazan dan Azan Subuh. Kumpulan Nasyid ini diberi nama Al-Iman telah disertai seramai 12 orang murid. PPKIBP SK Paka II telah menghantar adik NurSurhada dan Mohamad Ilham sebagai wakil hafazan dan adik Muhamad Firdaus sebagai wakil azan subuh.

Kumpulan Nasyid al-Iman ini telah dilatih oleh Cikgu Mariatul Akhtar, Cikgu Afzainizam, Ustazah Azlinda dan dibantu PPM iaitu kak Ros & kak Zara. Bagi Hafazan, adik NurSurhada dan adik Ilham telah dilatih oleh Cikgu Zarul dan bagi kategori azan subuh telah dilatih oleh Cikgu Badrul.

Gambar Semasa Sesi Latihan





Gambar Semasa MTQ Di SMK Pulau Serai


Kumpulan Nasyid al-Iman mendapat naib johan. Dan adik Mohamad Ilham bagi kategori hafazan juga mendapat naib johan.