Ahad, 24 Julai 2011

Sukaneka Di Pantai Kemasik


Pada 13 Julai yang lalu telah diadakan acara Sukaneka di Pantai Kemasik. Sukaneka ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid istimewa membina keyakinan diri untuk menghadapi dunia luar. Selain itu, sukaneka ini memberi peluang murid-murid istimewa menunjukkan kebolehan yang ada dalam diri mereka disamping memberi pengalaman baru kepada murid-murid istimewa dengan aktiviti yang dijalanakan.

Antara aktiviti yang diadakan ialah:
1) Acara Sukaneka
2) Makan Tengahari
3) Penyampaian Hadiah
4) Gotong royong membersihkan kawasan sukaneka



Selasa, 19 Julai 2011

Sambutan Majlis Hari Lahir Di Mc Donald

Pada 29 Jun yang lalu telah diadakan Majlis Sambutan Hari Lahir yang diadakan di Mc Donald,Kerteh. Sambutan Majlis Hari Lahir ini bertujuan untuk meraikan murid-murid istimewa dengan sambutan hari lahir. Sambutan Hari lahir pada kali ini khas untuk murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah :
1) Pertandingan Mewarna



 2) Memotong Kek


3) Penyampaian Hadiah Hari Lahir 

 Adik Amiruddin

Adik Zurinsyirah

 Adik Azizul

 Adik Atiqah

4)Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna
Tempat Pertama - Adik Zakaria

Tempat Kedua - Adik Zurinsyirah

Tempat Ketiga - Adik Syawal