Rabu, 24 Ogos 2011

kem KASIH Menghampiri Penghujungnya

Hari ini 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432H, alhamdulillah kem KASIH yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Pelbagai manfaat yang diperoleh oleh murid-murid dan juga guru-guru sepanjang kem ini berlangsung. Berikut antara gambar-gambar sepanjang kem tersebut:

Amali Wudhuk & Solat


Klinik Membaca

 
Tasmik (Iqra')


Permainan Dalaman


Masakan




Selasa, 16 Ogos 2011

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah Ramadhan
Kem Anakku Soleh Istimewa Ramadhan (KASIH)
 2011/1432H

Tarikh:
16 Ogos 2011
Masa:
10.30 a.m
Tempat:
Bilik Tayangan


Tentatif Program Kem KASIH :

10.15 : Murid berkumpul di bilik tayangan
           - Murid PPKI
           - Murid Pemulihan
           - Murid Pra Sekolah
10.30 : Tazkirah Ramadhan
           - Pengerusi : Cikgu Mohd Zarul Ikmal bin Abd Rahman
           - Penceramah : Ustaz Mohd Amran bin Mat Yasin
          : Kuiz Ramadhan
          : Penyampaian Hadiah Kuiz Spontan
11.30 : Penyampaian Cenderahati
          : Bersurai


Khamis, 4 Ogos 2011

Kem KASIH

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini PPKIBP mengadakan Kem Anakku Soleh Istimewa Ramadhan (KASIH). Kem ini diadakan pada setiap hari persekolahan sepanjang bulan Ramadhan ini. Secara umumnya kem ini memberi perhatian khas bagi melatih murid menguasai kaifiyat wudhuk dan solat dengan sempurna dengan penumpuan khusus dari segi bacaan dan perbuatan yang akan dilaksanakan secara intensif mengikut kemampuan & tahap murid.

Selain daripada itu, untuk memantapkan lagi penguasaan kemahiran membaca, menulis & mengira serta pengetahuan tentang masakan untuk kelangsungan hidup masa mendatang maka, kem ini diselitkan dengan program 3M (Klinik Membaca) dan Asas Masakan.


Tema : "Solat Pembentukan Insan Istimewa Dinamik"
Tempat : - Kelas PPKIBP
              - Surau Sekolah
              - Dewan Sekolah
Tarikh : Sepanjang hari persekolahan bulan Ramadhan
Masa : 7.45 pagi hingga 12.30 tengahari

Kem KASIH ini telah dirasmikan pada 31 Julai 2011 dalam Perhimpunan Mingguan. Antara agenda dalam Majlis Perasmian tersebut ialah:

1) Ucapan GPK Pendidikan Khas
2) Gimik : Penyerahan Pamplet Kem Solat daripada murid kepada GPK 1 (mewakili GB) dan penyerahan    sejadah daripada GPK 1 kepada wakil murid PPKIBP (tanda bermulanya Kem KASIH)
3) Azan Subuh oleh murid PPKIBP : Mohd Firdaus b. Azhar 

 Ucapan GPK Pendidikan Khas

Penyerahan Pamplet Kem KASIH daripada wakil murid PPKI kepada GPK 1

Penyerahan Sejadah daripada GPK 1 kepada wakil murid PPKI

Azan Subuh


Isnin, 1 Ogos 2011

Kejohanan Sukantara PPKIBP

Pada 19 Julai yang lalu telah diadakan Kejohanan Sukantara bertempat di Padang Sk Paka 2. Semua murid Sk Paka 2 terlibat dalam kejohanan ini. Pelbagai acara dipertandingkan. Antaranya:
1) Sukaneka Tahun 1 & 2, Pra dan PPKIBP
2) 100 M - tahun 3,4,5,& 6
3) Lompat Jauh - tahun 3,4,5,& 6
4) Lompat Tinggi - tahun 4,5,& 6
5) Lontar Peluru - tahun 4,5,& 6

Semua murid dibahagikan mengikut Rumah sukan iaitu Rumah Hijau/Helang, Rumah Kuning/Kenyalang, Rumah Biru/Bangau dan Rumah Merah/Merak.
Bagi murid-murid PPKIBP, antara aktiviti sukaneka ialah
1) membawa bola dengan gelung rotan
2) menjunjung pundi kacang

Berikut adalah gambar murid-murid PPKIBP sewaktu kejohanan tersebut