Rabu, 6 April 2016

1 MURID 1 SUKAN

1 MURID  1 SUKAN

Tarikh : 6 April 2016
Tempat : Masterscaff, Paka

" Jom main futsal" team Ppki SK Paka II, telah bermain futsal di gelanggang Masterscaff, Paka.

Sesi "warm up"


**Jom berfutsal**


Sungguh gembira Dan semangat anak-anak istimewa....bermain, walaupun keletihan :)
1M1S





Selasa, 5 April 2016

MAJLIS TILAWAH AL QURAN 2016

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PPKI 2016

TARIKH 
4 APRIL 2016

TEMPAT 
SK TANJUNG PATI

Alhamdulillah... team PPKI SK PAKA II, telah berjaya merangkul hadiah di dalam majlis tilawah AL Quran baru- baru ini...

Dengan kerjasama, ustazah-ustazah dan guru, anak-anak istimewa ini telah dapat dicungkil bakat...seterusnya berjaya di dalam pertandingan yang telah disertai.

Pertandingan Bercerita (P) - Zur Insyirah Binti Zulkifli ( J0han)
Pertandingan Bercerita (L) - Hanafiah (Johan)
Pertandingan Hafazan (P) - Zur Insyirah Binti Zulkifli ( Naib Johan)
Pertandingan Hafazan (P) - Norshahzlina ( Johan Tilawah)



Tahniah###





OLAHRAGA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS, PERINGKAT DUNGUN 2016

OLAHRAGA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS, PERINGKAT DUNGUN 2016

TARIKH 
23 MAC 2016

 TEMPAT 
SMK SULTAN OMAR, DUNGUN

Acara Balapan dan Balapan telah berlangsung pada 23 Mac yang lalu bertempat di SMK Sultan Omar. Seramai 9 orang murid PPKI PAKA II telah menyertai acara ini.. iaitu didalam acara larian, lompat jauh dan lontar peluru.







Alhamdulillah... team PPKI SK Paka II. telah memenangi dua acara iaitu larian 200m dan lompat jauh.

Adik Zur Insyirah Zulkifli telah merangkul pingat emas didalam acara 200m dan tempat kedua lompat jauh. Tahniah... tahniah diucapkan...

Yang tidak berjaya.. kita cuba lagi tahun hadapan... InsyAllah...

TERAPI AUDIOVISUAL

TERAPI AUDIOVISUAL


TARIKH
23 Mac 2016 


MASA: 10.00 hingga 2.00ptg 

TEMPAT
TGV MESRA MALL


"BOBOBOI THE MOVIE " ~ 

 Seronok sekali melihat anak-anak istimewa ini begitu teruja menonton Boboboi The Movie. Cikgu-cikgu serta pembantu pengurusan murid juga diharapkan terhibur.... :) 



Diharapkan, kisah Boboboi ini dapat memberi impak positif 
kepada anak-anak istimewa ni. InsyAllah.. jika ade waktu dan masa yang sesuai kita menonton lagi :)