Ahad, 28 Mei 2017

SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI 2017

Tarikh : 25 Mei 2017
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kelas PPKI

Majlis Sambutan Hari Lahir PPKI dirasmikan oleh Tuan Hj Mat Lazim Bin Abdullah, Guru Besar SK Paka II. Terima kasih diucapkan kerana sudi hadir.



Photobooth ~ jom bergambar

Diantara kek-kek hari jadi yang disumbangkan oleh ibu-bapa PPKI... terima kasih yer..


wajah-wajah ceria menyambut hari jadi. Murid-murid semua berpakaian tema, hero,..
comel-comel semua..

ZIARAH KE RUMAH RAHIMATUL AIZA, SAMBUTAN HARI LAHIR

Tempat : Rumah Rahimatul Aiza

Tarikh : 18 Mei 2017


Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Rahimatul Aiza..


tu diaa... rakan-rakan juga menyampaikan hadiah kepada rahimatul sempena sambutan hari jadi nya..



Disamping sambutan Hari Jadi, kami warga PPKI, turut mengatur beberapa permainan yang pasti menarik.. lastik botol dan boling kelapa.






Sesi Penyampaian Hadiah dari pihak PPKI kepada adik Rahimatul dan ibunya,,
Ribuan terima kasih diucapkan kepada keluarga Rahimatul kerana sudi menerima kunjungan kami semua... tahun depan kita jumpe lagi yer....




SAMBUTAN HARI GURU 2017

TARIKH   : 16 MEI 2017

TEMPAT : SK PAKA II

TEMA : KEMBAR 

Barisan guru-guru PPKI SK PAKA II, yang berpakaian bertemakan kembar..

Bergambar kenangan bersama semua guru SK PAKA II
Selamat Hari Guru

Yang paling hot .. persembahan istimewa dari guru-guru PPKI yang mantap :)
Pertandingan Deco Kek

Pertandingan Kopek Kelapa



Berakhir sudah Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2017.

PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKI, PERINGKAT DUNGUN 2017

Tarikh : 2,3,4 April 2017

Tempat : Tapak Perkhemahan SEJAYA, SMK KETENGAH JAYA


Persiapan awal, tu dia cikgu Ani, cikgu Sya dan Ustazah Wan Nor... 
bersama-sama bina tempat cucian..

Bina pintu gerbang PPKI SK PAKA II :)

Pertandingan Masakan ~ Bertemakan RIMBA dan masakan berasaskan tepung sahaja.


Pertandingan ke2 ~ Ikatan dan Simpulan.


Pertandingan Ke3 ~ Seni Kreatif 
Bina dari bahan terpakai




Selesai sudah Perkhemahan Pengakap PPKI, Peringkat Dungun 2017.

TERAPI PASIR

Tarikh : 15 Mac 2017
Masa : 9.00 pg
Tempat : Pantai Paka

Terapi Pasir memang menyeronokkan, murid-murid dapat bermain pasir sambil menikmati keindahan pantai. Terapi pasir dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Sya bersama guru-guru.


Diantara permainan yang dijalankan ialah bola beracun dan isi air dalam botol. Murid-murid begitu teruja melakukan aktiviti tersebut. Jelas tergambar diwajah mereka keseronokan bermain...









Surprise !!!!
Kedatangan badut yang tidak diundang.. kebetulan badut tersebut berada berdekatan pantai paka.
beliau berbesar hati mahu memberi belon kepada murid-murid istimewa ini.



+


okey... sudah puas bermain dan berterapi... jom kita pulang :)


TERAPI BOWLING

Tarikh : 18 Jan 2017
Masa : 9.00 pg
Tempat : U Bowl , Mesra Mall

Terapi boling bersama murid-murid seringkali mendapat sambutan, murid-murid ini sangat gembira dapat keluar berterapi sambil dapat melihat persekitaran luar.

Terapi boling dapat meningkatkan keyakinan murid dan semangat kesukanan,

Cikgu-cikgu pun dapat mengasah bakat dan menunjukkan bakat-bakat yang terpendam...


Jom boling...

Sabtu, 20 Mei 2017

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK PAKA II

Tarikh : 13 April 2017

Tempat : PADANG SK PAKA II



Pada tanggal 13 April 2017, telah diadakan Kejohanan Sukan Tahunan SK PAKA II bagi sesi 2017, murid-murid PPKI juga tidak melepaskan peluang menyertai kejohanan ini.

Kelihatan semangat sekali, murid-murid istimewa ini, dengan pakaian serba ungu .




Kelihatan juga, maskot comel, bertemakan sang pari-pari.  Betapa istimewa sekali, anak-anak syurga ini.. sungguh ceria dan gembira.



Walaupun serba kekurangan, namun dengan semangat kesukanan .. anak-anak ini tetap meneruskan perjuangan...




Tiada apa yang mustahil, yang tidak dapat dilakukan... dengan usaha dan semangat serta doa ibu bapa, guru-guru .. anak-anak istimewa ini... tetap bersama warga SK Paka II, menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan 2017. 

TERAPI FUTSAL

TERAPI FUTSAL


TARIKH : 27 Feb 2017

MASA : 9.00 pg

TEMPAT : MASTER SCARF, PAKA


Terapi futsal telah diadakan pada 27 Feb 2017, bertempat di Master Scarf, Paka. Tujuan utama diadakan ialah sebagai persediaan untuk kejohanan futsal yang akan datang. di samping sebagai terapi motor kasar anak-anak istimewa ini.




Semangat kesukanan jelas terpancar pada anak-anak istimewa ini, mereka kelihatan gembira apabila dapat bersama-sama berkumpul dan bermain bersama. Jom Futsal.... :)