Pada 19 Julai yang lalu telah diadakan Kejohanan Sukantara bertempat di Padang Sk Paka 2. Semua murid Sk Paka 2 terlibat dalam kejohanan ini. Pelbagai acara dipertandingkan. Antaranya:
1) Sukaneka Tahun 1 & 2, Pra dan PPKIBP
2) 100 M - tahun 3,4,5,& 6
3) Lompat Jauh - tahun 3,4,5,& 6
4) Lompat Tinggi - tahun 4,5,& 6
5) Lontar Peluru - tahun 4,5,& 6
Semua murid dibahagikan mengikut Rumah sukan iaitu Rumah Hijau/Helang, Rumah Kuning/Kenyalang, Rumah Biru/Bangau dan Rumah Merah/Merak.
Bagi murid-murid PPKIBP, antara aktiviti sukaneka ialah
1) membawa bola dengan gelung rotan
2) menjunjung pundi kacang
Berikut adalah gambar murid-murid PPKIBP sewaktu kejohanan tersebut
Isnin, 1 Ogos 2011
Ahad, 24 Julai 2011
Sukaneka Di Pantai Kemasik
Pada 13 Julai yang lalu telah diadakan acara Sukaneka di Pantai Kemasik. Sukaneka ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid istimewa membina keyakinan diri untuk menghadapi dunia luar. Selain itu, sukaneka ini memberi peluang murid-murid istimewa menunjukkan kebolehan yang ada dalam diri mereka disamping memberi pengalaman baru kepada murid-murid istimewa dengan aktiviti yang dijalanakan.
Antara aktiviti yang diadakan ialah:
1) Acara Sukaneka
2) Makan Tengahari
3) Penyampaian Hadiah
4) Gotong royong membersihkan kawasan sukaneka
Selasa, 19 Julai 2011
Sambutan Majlis Hari Lahir Di Mc Donald
Pada 29 Jun yang lalu telah diadakan Majlis Sambutan Hari Lahir yang diadakan di Mc Donald,Kerteh. Sambutan Majlis Hari Lahir ini bertujuan untuk meraikan murid-murid istimewa dengan sambutan hari lahir. Sambutan Hari lahir pada kali ini khas untuk murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah :
1) Pertandingan Mewarna
2) Memotong Kek
3) Penyampaian Hadiah Hari Lahir
Adik Amiruddin
Adik Zurinsyirah
Adik Azizul
Adik Atiqah
4)Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna
Tempat Pertama - Adik Zakaria
Tempat Kedua - Adik Zurinsyirah
Tempat Ketiga - Adik Syawal
Langgan:
Catatan (Atom)