Jumaat, 29 Mei 2009

Mesyuarat Biro Kebajikan PPKIBP kali ke-2 Tahun 2009


Pada hari ini 29/5/2009 telah diadakan Mesyuarat Biro Kebajikan PPKIBP kali ke-2 Tahun 2009.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En Kamal iaitu Pengerusi Biro Kebajikan sesi 2009/2010.Mesyuarat ini bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 6.
Beberapa perkara telah dibincangkan dan diusulkan. Antaranya berkaitan dengan lawatan bermaklumat ke negeri utara iaitu negeri Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.Tarikh lawatan ini ialah pada 5/7/2009 -8/7/2009. Seramai 24 orang murid akan menyertai lawatan ini dan diiringi oleh 14 orang pengiring iaitu 8 orang guru, 2 guru praktikal dan 4 orang PPM.Kepada Ibupapa ang mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Cg.Zulkifli bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan lawatan ini.Selain lawatan, hal berkaitan dengan elaun murid-murid juga diutarakan. Murid-murid istimewa akan menerima RM 1800 setahun iaitu RM 150 sebulan.Elaun ini akan dimasukkan ke akaun BSN. Untuk makluman ibubapa juga buku akaun bank murid-murid juga akan disimpan oleh guru untuk tujuan kawalan.Sekiranya ada ibubapa yang ingin mengeluarkan wang elaun untuk tujuan keperluan anak seperti perubatan dan pembelajaran bolehlah memohon dengan mengisi borang atau berurusan dengan Cg. Fatmah. Lain-lain hal yang dibangkitkan adalah mengenai pemilihan pelajar RMT dicadangkan supaya diadakan saringan semula. Alhamdullilah, mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar dan diharap pengurusan PPKIBP akan terus maju...Insyaallah

Khamis, 28 Mei 2009

Warna-warni MTQ





Nasyid dan tilawah: Kita Tempat Ke-3


Semalam telah dilangsungkan Majlis Tilawah Al Quran (MTQ) PPKIBP peringkat Dungun.Kita telah bertanding dalam acara nasyid,tilawah,hafazan,khat jawi dan azan. Kita berjaya memperoleh tempat ke-3 dalam acara nasyid dan tilawah al quran. Tilawah al quran diwakili oleh Muhammad Syafiq bin Mohd Zaki. Pasukan nasyid kita telah melakukan yang terbaik

Selasa, 26 Mei 2009

Pokya masuk hospital HSNZ, Terengganu


Seorang murid PPKIBP,Zakaria Sani telah dimasukkan ke hospital SNZ, Kuala Terengganu kerana disyaki sakit jantung. Kemasukan murid tersebut ke dalam wad untuk pemeriksaan lanjut dan rapi. Team PPKIBP berharap keluarga Pokya tabah dengan dugaan ini. Semoga Pokya cepat sembuh.

Isnin, 25 Mei 2009

Mesyuarat Biro Kebajikan PPKIBP kali ke-2

MESYUARAT BIRO KEBAJIKAN KALI KE-2 PPKIBP

Salam sejahtera. Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, satu mesyuarat akan diadakan seperti mana butiran berikut:

2.1 Tarikh : 29 MEI 2009 ( JUMAAT)
2.2 Masa : 3.00 Petang
2.3 Tempat : BILIK MESYUARAT SK.PAKA II

3. Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut :
3.1 Ucapan Pengerusi Majlis / Pengerusi Biro Kebajikan KKBP
3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat
3.3 Taklimat Pembayaran Elaun Murid KKBP
3.4 Taklimat Setiausaha Lawatan KKBP
3.5 Membahas dan Menerima Usul
3.6 Hal-hal lain

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan DIWAJIBKAN hadir ke mesyuarat tersebut. Kerjasama dan kecaknaan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

11 orang murid PPKIBP akan menyertai Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Dungun


Seramai 11 orang murid PPKIBP SK Paka II akan menyertai Majlis Tilawah Al Quran (MTQ) Pendidikan Khas peringkat Dungun pada 27.5.2009 di SK Ketengah Jaya II.Mereka akan membawa cabaran dalam acara nasyid,hafazan,tilawah al quran, azan dan khat jawi. Untuk pertandingan ini, semua guru PPKIBP bertungkus lumus mempersiapkan mereka.Team PPKIBP mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa kerana turut serta membantu guru mempersiapkan murid-murid ini. Moga PPKIBP memperoleh kejayaan kali ini.Insya Allah.

Ahad, 24 Mei 2009

Taklimat pengurusan pendidikan khas

Pada petang tadi,telah diadakan satu taklimat pengurusan pendidikan khas di PPD Dungun (Dewan Satria). Semua guru pendidikan khas di daerah Dungun dijemput untuk menghadiri taklimat tersebut.Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Khas Unit Instruktional iaitu Dr Abdul Halim. Tiga perkara yang disampaikan iaitu berkenaan dengan RPI, Pengurusan Strategik dan Program Inklusif. Semoga semua guru pendidikan khas dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi..Insyaallah

2 Calon UPSR SK Paka II daripada kalangan PPKIBP


Buat pengetahuan semua, pada tahun ini,calon UPSR SK Paka II juga terdiri daripada 2 orang murid PPKIBP. Moga murid ini berjaya seperti murid aliran perdana.

Sabtu, 23 Mei 2009

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8 tahun 2009

Pada hari ini,S.K Paka II telah mengadakan mesyuarat agung PIBG kali ke-8 tahun 2009. Pihak pengurusan dan seluruh warga S.K Paka II mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG yang baru dilantik.Semoga pengurusan PIBG pada sesi 2009/2010 akan lebih mantap dan terus maju.

Isnin, 18 Mei 2009

Sambutan Hari Guru 2009

Pada hari ini,Sek.Keb Paka II telah mengadakan sambutan hari guru 2009. Antara acara yang diadakan ialah persembahan tiga buah lagu oleh guru-guru S.K. Paka II,pemberian hadiah kepada guru-guru daripada murid-murid,senaman aerobik,sukan pingpong dan sepak takraw serta pertukaran hadiah antara guru. Tidak ketinggalan juga, kelas kkbp telah mengadakan pertukaran hadiah antara guru-guru kkbp dan ppm.
Selain itu,beberapa anugerah telah disampaikan seperti anugerah guru popular,menghormati pengurusan,berketrampilan dan macam-macam lagi anugerah..tahniah kepada semua yang memenanginya. Selepas itu pula, semua guru telah menikmati hidangan tengahari di Restoran D'Pin... Selamat Hari Guru...semoga semua guru-guru S.K.Paka II menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan dedikasi..Insyaallah

Ahad, 17 Mei 2009

Pemberitahuan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Buat pengetahuan para ibu bapa PPKIBP, murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP), SK Paka II akan menjalani peperiksaan pertengahan Tahun seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 19 hingga 27 Mei 2009
Kelas: PPKIBP
Masa: 8.30 pagi hingga 12.15 tgh hari

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009:

19.5.2009 (Selasa)- Bahasa Melayu
20.5.2009 (Rabu)- Matematik
21.5.2009 (Khamis)- Bahasa Inggeris
24.5.2009 (Ahad)- Pendidikan Islam
25.5.2009 (Isnin)- Kemahiran Manipulatif, Pendidikan Seni
26.5.2009 ( Selasa) - Kemahiran Hidup, Sosial Alam Sekitar
27.5.2009 (Rabu)- Pendidikan Muzik

Kerjasama daripada ibu bapa/ penjaga sangat diharapkan untuk memastikan keberkesanan peperiksaan ini berjalan seperti dirancang.

Sabtu, 16 Mei 2009

Happy Teacher's Day

To all S.K Paka II teachers, we wish you all a 'Happy Teacher's Day'!

May Allah Subhanahu Wa Ta'ala bless you all with the best of Iman, health, wealth and give you your due rewards both here on Earth and in the Hereafter, Ameen Ya Rabbal Alameen.

To all KKBP Teachers, I wish you a blessed and pleasant day as well! May Allah Subhanahu Wa Ta'ala bless you with the goodness of this world and the Akhirat! Ameen.

Teacher’s can be anyone who has taught us throughout our life. It can be our parents, families, friends, school teachers, college/universities lecturers or anyone who had taught us something……

Teachers play a very important part in our life's. Without teachers, knowledge won't be what it is today. Those who teach us the good, bad and the ugly play a very important role in molding us to be who and what we are or become. The choice to learn anything is ours. So choose well.

Everybody by right have their own memories with their teachers, well as for me I appreciate and love all my teachers who have taught me and guided me to be what I am today.

'Happy Teacher's Day'!

Selamat Hari Guru Kepada Guru SK Paka II

Pada kesempatan ini, pihak team PPKIBP mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru SK Paka 2 terutamanya Guru Pendidikan Khas yang sentiasa tabah dan kental menghadapi pelbagai dugaan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai GPK PPKIBP . Segala pengorbanan guru hanya Allah swt dapat membalasnya…

Selamat Hari Guru Buat Cikgu Ina, Cikgu Dah, Cikgu Zul, Cikgu Kathy, Cikgu Fatmah, Cikgu Shahidan, Cikgu Farah, Cikgu Zan, Cikgu Ros, Cikgu Zara, Cikgu Liza dan Cikgu Lani…Jasamu dikenang selamanya…
Semoga PPKIBP SK Paka II terus melakarkan kejayaan yang cemerlang pada tahun 2009 di bawah pengurusan bos PPKIBP, Pn Zarinawati....

Jumaat, 15 Mei 2009

PERUTUSAN SEMPENA HARI GURU 2009 oleh Menteri Pelajaran Malaysia


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.

1. Marilah kita semua merafakkan syukur ke hadrat Allah SWT
kerana sekali lagi kita dapat menyambut Hari Guru bagi tahun 2009.
Pada tanggal 16 Mei setiap tahun seluruh negara menyambut Hari
Guru sebagai penghormatan jasa kaum guru dan tanda ucapan
terima kasih kepada mereka. Penghormatan ini amat layak diberikan
kerana usaha gigih guru dalam mendidik insan merupakan peranan
yang mulia. Pembangunan diri insan yang cemerlang akan
menentukan matlamat pembinaan sebuah negara yang maju dan
aman akan dapat kita capai.


2. Menyedari pentingnya pembinaan negara bangsa bagi
sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, Kementerian
Pelajaran telah memilih “Guru Pembina Negara Bangsa” sebagai
tema Hari Guru pada tahun ini. Keupayaan membina Negara Bangsa
amat bergantung kepada keutuhan perkongsian nilai serta semangat
patriotisme yang dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan
semua lapisan rakyat, terutama dalam kalangan generasi muda.
Menerusi semangat patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani,
mempunyai kekuatan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk
ketahanan negara. Nilai sosial seperti semangat kekitaan, perasaan
saling hormat-menghormati, mengamalkan sifat toleransi, taat setia
dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap negara wajarlah
dipupuk dan diamalkan sejak di bangku sekolah dan menjadikannya
budaya hidup masyarakat.



3. Matlamat kerajaan untuk membina sebuah Negara Bangsa
adalah selaras dengan gagasan 1 Malaysia; rakyat didahulukan dan
pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd
Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat
1 Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta
menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati
kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan. Tidak
ada sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang
disediakan bagi menyerlahkan segala keupayaan dan potensi
masing-masing.



4. Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan
yang terancang, saya yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan
rakyat akan dapat diperkukuhkan. Perpaduan merupakan aspek
penting dalam pembangunan negara. Oleh itu ianya perlu diberikan
perhatian yang bersungguh-sungguh oleh setiap orang. Kementerian
Pelajaran akan terus menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi
memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan
semangat kebangssan serta membangunkan sumber manusia
bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi
cabaran globalisasi.



5. Saya menaruh penuh keyakinan dan berharap guru dapat
memainkan peranan yang penting ini. Selain bertanggungjawab
mengajar dan mendidik, guru turut berada di saf hadapan untuk
menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme,
menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk
akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.



6. Membina Negara Bangsa merupakan Teras Strategik yang
pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-
2010. Bagi menjayakan Teras Strategik ini, pelbagai program dan
projek yang berkaitan dengan kebahasaan, kesusasteraan, patriotik,
serta seni, warisan dan budaya telah dirancang oleh pihak
Kementerian. Ia bertujuan untuk memperkukuh perpaduan bangsa,
membina identiti nasional, memperteguh semangat kebangsaan
serta membangunkan sumber manusia bagi mengisi keperluan
negara. Semoga, dengan jati diri yang kental dan semangat patriotik
yang tebal, akan lahirlah bangsa Malaysia yang utuh dan bermaruah.



7. Tugas membina negara bangsa melalui pendidikan tidak akan
selesai. Sebaliknya ia semakin kompleks dan mencabar selaras
dengan kemajuan yang tidak terbatas pada masa kini. Saya menyeru
kepada semua guru supaya mempertingkatkan diri dengan ilmu dan
kemahiran supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih
berkesan. Ingatlah bahawa peranan kita sentiasa dinilai oleh
masyarakat. Guru juga perlu memelihara akhlak dan budi pekerti
supaya guru terus dihormati dan menjadi role model kepada anak
didik dan masyarakat. Berkhidmatlah dengan penuh ikhlas. Teruslah
berjuang membina negara bangsa kerana Malaysia amat
memerlukan khidmat bakti para guru.



8. Kepada Kerajaan Pusat, jutaan terima kasih diucapkan atas
keprihatinan dan sokongan padu yang sentiasa diberi kepada
Kementerian Pelajaran. Malah, dalam kemuraman ekonomi dunia
yang mana Malaysia turut merasai bahangnya, kepentingan
pendidikan tetap diutamakan. Suntikan RM200 juta kepada
Kementerian Pelajaran dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang
pertama, diikuti RM2.093 bilion lagi melalui Pakej Rangsangan
Kedua merupakan bukti kukuh betapa komitednya pihak Kerajaan
dalam memastikan pembangunan pendidikan terus berjalan seperti
yang dirancang dan disasarkan.



9. Kepada semua guru, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima
kasih atas segala jasa yang telah tuan/puan sumbangkan. Jasa dan
pengorbanan kita akan terpahat dalam ingatan dan akan tetap
dikenang sepanjang hayat.



“Selamat Menyambut Hari Guru”



Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalam mualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Menyambut Hari Guru.


TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN

Guru Pembina Negara Bangsa


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah

Walaupun sukar bakti kucurah
Demimu ibu pertiwi

Sumpah kulafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa

Kukuhkan cinta kepada negara

Berjasa terus berjasa

Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa

Gagah perjuangkan visi negara

Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa

Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa

Tetap unggul senadakan suara

Sehaluan menggapai matlamatnya

Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Majlis Perpisahan Cikgu Miera





























14.05.2009- Satu majlis perpisahan telah diadakan pada pagi khamis sempena tamatnya tugas cikgu Miera yang mengganti cikgu Faridah (cuti bersalin). Walau pun ringkas tetapi majlis telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini adalah untuk meraikan cikgu Miera yang tamat tugas mengganti cikgu Faridah. Majlis ini dipengerusi oleh Cikgu Zul. Diikuti ucapan terima kasih Bos PPKIBP, Pn Zarinawati. Murid-murid bermaaf-maafan bersama cikgu Miera. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati, tanda terima kasih PPKIBP SK Paka 2 kepada Cikgu Miera yang sudi menggantikan cikgu Faridah.














Rabu, 13 Mei 2009

Latihan Nasyid Sepanjang Mei Ini











Buat pengetahuan semua pembaca blog terutama ibu bapa murid-murid PPKIBP SK Paka 2, seramai 10 orang murid yang terlibat untuk latihan nasyid ini sempena Pertandingan Nasyid Pendidikan Khas peringkat daerah Dungun yang dijangka diadakan pada akhir Mei 2009. Justeru itu, latihan akan diadakan selepas waktu persekolahan selama sejam bermula 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari sepanjang bulan Mei ini. Ini untuk memudahkan guru mempersiapkan pasukan nasyid ini supaya dapat bersaing nanti di pertandingan nasyid tersebut. Sokongan ibu bapa amat dialu-alukan dalam mengembang potensi dan bakat anak-anak istimewa ini. Sesungguhnya anak-anak istimewa ini mampu menggegar dengan komitmen kita semua. Sokonglah kami...

Selasa, 12 Mei 2009

Aktiviti kokurikulum: Kelas PPKIBP terlibat jua
















Dalam memperdanakan pendidikan khas SK Paka 2, murid-murid PPKIBP terlibat jua dengan aktiviti kokurikulum yang diadakan setiap Selasa, bermula jam 1.40 hingga 3.40 petang pada setiap minggu. Tujuan utama diadakan aktiviti kokurikulum murid-murid PPKIBP adalah untuk membina jati diri yang kental seperti murid-murid aliran perdana. Di samping itu untuk memupuk dan membentuk sahsiah yang baik di kalangan murid-murid.Murid-murid ini dibahagikan kepada pasukan Pengakap dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Kekurangan yang ada pada murid-murid PPKIBP bukan penghalang bagi guru merencanakan potensi murid-murid PPKIBP supaya sama hebat dengan murid-murid aliran perdana. Bak kata orang, tiada halangan, hanya peluang.

Jumaat, 8 Mei 2009

Sekalung Penghargaan kepada kakitangan FTKK, TATiUC.



Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh kakitangan FTKK, TATiUC kerana turut serta membantu murid-murid PPKIBP SK Paka 2 melalui sumbangan kewangan. Bantuan kewangan tersebut amat bermakna dan membantu pihak kami menampung kos perbelanjaan program Lawatan Bermaklumat ke Negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia yang akan diadakan pada awal Julai 2009. Kecaknaan pihak FTKK, TATiUC kepada murid-murid istimewa amatlah dihargai.

Terima Kasih YB Adun Paka


Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaNya,maka murid-murid PPKIBP SK Paka 2 mendapat perhatian dan sokongan YB Hj Zakaria untuk turut serta membantu merealisasikan impian murid-murid Istimewa. Sumbangan kewangan yang dihulurkan oleh YB HJ Zakaria amat dinanti-nantikan dalam memastikan perlaksanaan program Lawatan Bermaklumat ke Negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia pada bulan Julai nanti berjalan mengikut perancangan. Semoga YB terus bersama kami dalam memperkasakan pendidikan khas.

Kunjungan Muhibah ke SMK Seri Paka






















07 Mei 2009- Seramai 8 orang guru, 4 PPM dan 34 orang murid pendidikan khas telah melakukan kunjungan muhibah ke PPKIBP SMK Seri Paka. Kunjungan Muhibah ini bertujuan untuk berkongsi-kongsi idea dan pendapat antara guru-guru pendidikan khas serta saling merapatkan hubungan silaturahim antara murid-murid pendidikan khas SK Paka 2 dengan SMK Seri Paka. Kunjungan kami disambut oleh Penyelaras PPKIBP, SMK Seri Paka, Puan Wan Haslina BT W Zaharudin dan murid-murid beliau. Tambahan lagi SMK Seri Paka hanya berdekatan dengan SK Paka 2. SMK Seri Paka adalah jiran kami. Aktiviti mewarna diadakan dalam pengisian program kunjungan muhibah ini. Kehadiran kami disambut dengan kemesraan. Akhir sekali, sebelum pulang, kami memberi sedikit cenderahati tanda berterima kasih kami di atas kesudian warga PPKIBP SMK Seri Paka menerima kedatangan kami.

Rabu, 6 Mei 2009

Launching of ppkibpskpaka2.blogspot.com



Bukan fantasi tapi kini menjadi realiti...Tanggal 05 Mei 2009 hasil cetusan idea team ppkibp SK Paka 2, kini dilancarkan satu blog yang akan menjadi pentas terbaik dalam mencetus dan menggalurkan percambahan minda untuk kemaslahatan semua dan menjadi sumber ilham untuk para pembaca blog yang mempunyai anak-anak istimewa supaya terus bersemangat merencanakan kehidupan anak mereka dan tidak mudah berputus asa menghadapi mereka. Moga blog ini menjadi wahana terbaik dalam menerobos dimensi glokal, memahat sejarah mencipta tamadun baru minda semua pembaca blog terutama yang masih lagi kaku, syak wasangka dan curiga dengan pendidikan khas khasnya PPKIBP SK Paka 2. Adalah menjadi tanggungjawab kami meleraikan segala kekusutan dan ketidak upayaan para pembaca memahami skop pendidikan khas dalam erti kata sebenar. Semua orang boleh bercakap tentang pendidikan khas tapi mereka masih gagal untuk memahami tugas seorang Guru Pendidikan Khas. Hanya jauhari yang mengenal manikamnya...