Rabu, 29 Julai 2009

Percubaan UPSR: Teruskan Berusaha Amir & Li Ching




Bermula semalam, 2 orang calon ppkibp menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Mereka akan menjalani peperiksaan ini selama 3 hari.

Pak Kob Kemalangan

Bapa kepada murid ppkibp,Fakhira telah kemalangan selepas selesai mengambil Fakhira di sekolah. Team PPKIBP difahamkan kemalangan itu hanya melibatkan Pok Kob sahaja.Team PPKIBP mengucapkan takziah kepada keluarga Fakhira dan kita difahamkan bahawa Pok Kob telah berada di rumah. Semoga Pok Kob cepat sembuh.

Selasa, 28 Julai 2009

Amir & Li Ching: Good Luck For Trial


Team PPKIBP mengucapkan selamat berjaya dan menjawab soalan percubaan UPSR kepada 2 murid ppkibp iaitu Amir dan Li Ching.Buat yang terbaik dan jangan mudah berputus asa. Kami mendoakan kejayaan anda berdua.

Aktiviti Kokurikulum pada hari ini batal!

Buat makluman semua ibu bapa ppkibp, pada hari ini aktiviti kokurikulum yang biasa diadakan 1.40-3.40 ptg dibatalkan kerana peperiksaan OTI 4 dan percubaan UPSR. Justeru itu, waktu balik pada hari ini seperti biasa iaitu 12.15 tengah hari. Harap maklum

Isnin, 27 Julai 2009

Lagi di Pantai Teluk Kalong










Team PPKIBP mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru dan ppm kerana menjayakan program berkelah di pantai Teluk Kalong.Jelas terpancar keceriaan di kalangan murid-murid. Semoga program sebegini terus menjadi program tahunan ppkbip sk paka II

Sekitar Program Berkelah di Pantai Teluk Kalong









Mesyuarat Biro Kebajikan Kali ke 3 pada 31.7.2009

Untuk makluman semua ibu bapa PPKIBP,satu mesyuarat akan diadakan seperti mana butiran berikut:

Tarikh: 31 Julai 2009
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Paka II

Sehubungan dengan itu, tuan/puan diwajibkan hadir ke mesyuarat. Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Ika Noraisya Masuk Hospital Dungun

Murid PPKIBP, Ika Noraisya telah dimasukkan ke dalam hospital disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru. Team PPKIBP amat berharap dan berdoa supaya ika dapat sembuh dengan cepat.

Ahad, 26 Julai 2009

Pakaian sukan untuk program berkelah esok (27.7.2009)

Buat pengetahuan semua ibu bapa PPKIBP,untuk program berkelah esok di pantai Teluk Kalong, murid-murid dikehendaki memakai pakaian sukan.Semua ibu bapa diharap dapat menyediakan anak-anak mereka dengan pakaian sukan. Harap maklum.

Pindaan Tarikh Percubaan UPSR 28/7/2009 - 30/7/2009

Untuk makluman semua, tarikh percubaan UPSR telah dipinda pada 28/7/2009-30/7/2009 iaitu (Selasa,Rabu & Khamis)ini. Diharap 2 calon kita iaitu Gam Li Ching dan Wan Amiruddin dapat membuat persediaan dan membuat yang terbaik. Semua guru dan PPM mendoakan kejayaan mereka berdua.Gud luck and try ur best!

Khamis, 23 Julai 2009

Program Berkelah di Pantai Teluk Kalong pada 27.7.2009


PPKIBP akan mengadakan program berkelah di Pantai Teluk Kalong pada minggu hadapan (27.7.2009). Program ini merupakan satu pengisian aktiviti luar yang mana kita akan cuba terapkan satu pendedahan yang berguna untuk murid-murid istimewa dalam mengenali dunia luar. Di samping itu, aktiviti berkelah ini akan memberi peluang rekreasi kepada murid-murid istimewa ini.

Tanggungjawab Sosial:BP Petronas Sumbang Kepada PPKIBP SK Paka II


Murid-murid PPKIBP terus mendapat perhatian daripada BP Petronas dalam membantu PPKIBP melaksanakan pelbagai program yang mampu menggembirakan murid-murid istimewa ini. Seperti yang kita ketahui, setiap pelaksanaan sesuatu program memerlukan bajet tertentu untuk memastikan kejayaan sesuatu program tersebut. Justeru itu, BP Petronas berbesar hati untuk membantu guru-guru PPKIBP melaksanakan program yang dirancangkan oleh Team PPKIBP dengan memnyumbang untuk membiayai kos sesuatu program yang dirancangkan. Terima kasih kepada BP Petronas...

Selasa, 21 Julai 2009

Tarikh Percubaan UPSR 4/8/2009 -6/8/2009

Untuk makluman semua, percubaan UPSR akan diadakan pada 4/8/2009 - 6/8/2009 (Selasa, Rabu dan Khamis)ini. Untuk 2 calon UPSR kita diharap dapat bersedia dan dapat menjawab percubaan UPSR dengan sebaik mungkin.Wish u all the best!

Esok (22.07.2009): Aktiviti Berenang Di KDRP

Buat semua ibu bapa PPKIBP, esok akan diadakan aktiviti berenang seperti biasa. Justeru itu, team PPKIBP berharap ibu bapa dapat memastikan murid-murid membawa dan memakai pakaian berenang. Jangan ada yang tertinggal!....Kecaknaan kita inspirasi insan istimewa!

Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Isra' Mikraj





Sempena sambutan Isra' Mikraj peringkat sekolah hari ini, murid-murid PPKIBP menyertai pertandingan mewarna.Berikut adalah sekitar pertandingan mewarna yang disertai murid-murid PPKIBP.

Ahad, 19 Julai 2009

PPKIBP SK Paka II Menang Kelas PPKIBP Terbaik Daerah Dungun



Team PPKIBP mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga PPKIBP SK Paka II yang telah dianugerahkan Bilik Pendidikan Khas Terbaik Peringkat PPD Dungun sempena Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Hari Kualiti PPD Dungun yang diadakan pada hari Khamis tempoh hari.Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan kepada bos PPKIBP, Pn Zarinawati dan anak-anak buah yang bertungkus lumus membangunkan Kelas PPKIBP SK Paka II. Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan dan berterusan pada masa depan.

Rabu, 15 Julai 2009

Penempatan LKIM Kuala Perlis Jadi Persinggahan Rombongan Kami



Penempatan LKIM Kuala Perlis menjadi tempat penginapan kami semasa melawat ke Kedah dan Perlis.Terima kasih diucapkan kepada Pengurusan LKIM Kuala Perlis kerana sudi menyewakan chalet kepada rombongan kami.

Selasa, 14 Julai 2009

Lagi di SK Pauh, Perlis





Sekitar di SK Pauh






Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar dan warga PKBP SK Pauh atas kesudian menerima lawatan muhibah rombongan kami. Kami warga PPKIBP SK Paka II menjemput PKBP SK Pauh untuk melawat PPKIBP SK Paka II apabila kelapangan waktu

Menggamit Gua Kelam, Perlis





Isnin, 13 Julai 2009

Sarapan Pagi Tajaan Adun Sungai Bakap




Terima kasih diucapkan kepada YB Adun Sungai Bakap kerana sudi menaja sarapan pagi rombongan kami.