Jumaat, 10 Julai 2009

Lawatan: Tahniah Kepada Guru dan PPM PPKIBP!

Team PPKIBP berbesar hati merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua guru dan PPM yang menjayakan siri lawatan ke Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Komitmen guru-guru dan PPM PPKIBP dalam menjayakan siri lawatan ini membuktikan kaliber guru-guru dan PPM PPKIBP SK Paka II yang sebenar.
Kecekalan guru dan PPM dalam menghadapi kerenah dan perangai murid-murid PPKIBP membuktikan guru dan PPM merupakan insan-insan yang berjiwa kental dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi dalam memastikan keselamatan dan kebajikan murid-murid PPKIBP terjamin semasa lawatan. Justeru, team PPKIBP berharap agar ibu bapa tidak perlu bimbang dan gusar dengan kemampuan guru-guru dan PPM PPKIBP dalam mengawasi dan menjaga anak-anak mereka dalam sesuatu program yang dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan