Isnin, 12 Oktober 2009

Sambutan Hari Raya Pendidikan Khas Peringkat Dungun Pada 15.10.2009 (Khamis Ini)

Sektor Pendidikan Khas, PPD Dungun akan mengadakan sambutan hari raya peringkat Dungun di Dewan PPD,Dungun pada 15.10.2009.Sehubungan dengan itu,warga pendidikan khas SK Paka II akan menghadiri majlis sambutan hari raya itu.Untuk itu juga, ibu bapa dikehendaki memastikan murid-murid khas ini memakai pakaian raya pada hari khamis ini,seelok-eloknya murid lelaki memakai baju melayu dan murid perempuan memakai baju kurung atau pakaian yang sesuai dengan majlis. Team PPKIBP akan menyewa bas untuk membawa murid-murid ini. Majlis dijangka selesai pada pukul 1.00 ptg. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi cikgu Ina. Harap maklum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan