Team PPKIBP SK Paka II mengambil kesempatan yang terluang ini untuk mengucapkan selamat hari raya Aidiladha. Maaf Zahir Batin Kepada semua guru pendidikan khas, ppm, ibu bapa dan murid-murid khas. Semoga Warga Pendidikan Khas terus menghayati erti pengorbanan yang sejati.
Hari Raya Aidil Adha diraikan sempena pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail anaknya. Pengorbanan yang sukar untuk manusia laksanakan. Namun Nabi Ibrahim bertawakal dan menyerah diri kepada Allah.
Itulah Nabi Ibrahim seorang hamba yang taat, bertakwa dan tidak ego dan sombong diri. Baginda sanggup melakukan pengorbanan semata-mata kerana Allah. Dan akhirnya baginda dirahmati dan dimuliakan oleh Allah dan seluruh umat manusia hingga kini.
Sebagai hamba Allah seperti Nabi Ibrahimkah kita ?. Ramai insan didunia ini yang sombong, bongkak, ego dan merendahkan orang lain. Manusia merasakan dirinya ada kuasa, perlu dihormati dan boleh buat dan lakukan apa yang dia suka . Namun tanpa kita sedar bahawa watak kita sebenarnya menempah kebencian Allah dan insan seluruhnya.
Sempena dengan sambutan Aidil Adha ini, kembali renungkan diri kita. Banyak pohon keampunan dan kemaafan kepada Yang Maha Esa atas kesalahan yang dilakukan dengan sengaja dan tanpa sedar. Manusia jangan rampas keegoaan yang hanya layak dimiliki oleh Allah. Kita hamba yang sewajibnya menjadi insan merendah diri dan bertakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan