Isnin, 26 Oktober 2009

Hari Keluarga: Satu Taklimat Ringkas Kepada Ibu Bapa Akan Diadakan Pada 27.10.2009

Salam 1 Malaysia..


Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa PPKIBP SK Paka II akan mengadakan satu taklimat berkenaan program Hari Keluarga sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 27.10.2009 (Selasa)
Masa: 12.15 tgh hari
Tempat: Kelas PPKIBP

Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa diminta hadir pada taklimat ini. Team PPKIBP mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen ibu bapa dalam menjayakan Hari Keluarga Pendidikan Khas SK Paka II 2009.

Kelancaran program hari keluarga bergantung kepada komitmen semua ibu bapa.
Harap maklum...

Sekitar Lawatan Warga Pendidikan Khas SMK Bukit Besar










Rabu, 21 Oktober 2009

Selamat Datang Warga Pendidikan Khas SK Kampung Tengah,Manir









Team PPKIBP SK Paka II amat mengalu-alukan kedatangan warga Pendidikan Khas SK Kampung Tengah,Manir ke sini. Moga kehadiran warga Pendidikan Khas SK Kampung Tengah dapat kita bertukar-tukar idea dan berkongsi pendapat dalam memperkasakan pendidikan khas.

Kunjungan Muhibah SK Padang Mengkuang,Marang










Selasa, 20 Oktober 2009

JKM Sumbang Cermin Mata Kepada Murid Kita





2 orang Murid Pendidikan Khas SK Paka II iaitu Muhd. Hafiz Azahar dan Nur Syafiah Aqilah Shafie bertuah kerana terpilih untuk menerima sumbangan cermin mata daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Isnin, 19 Oktober 2009

Tiada Aktiviti Ko-ko bermula Esok

Bermula esok 20.10.2009,aktiviti kokurikulum yang diadakan pada hari selasa setiap minggu telah berakhir bagi sepanjang tahun 2009 ini. Untuk makluman ibu bapa, walaupun aktiviti ko-ko telah tamat bagi tahun ini,pemakaian baju beruniform masih lagi seperti biasa. Pendek kata, setiap Selasa kena pakai baju uniform walaupun tiada aktiviti koko. Ekoran ketiadaan aktiviti ko-ko ini maka waktu balik murid-murid khas adalah seperti biasa iaitu 12.15 tgh hari. Harap maklum

Sekitar Rumah Terbuka PPD Dungun