Khamis, 26 November 2009

Selamat Hari Raya AidilAdha Kepada Warga Pendidikan Khas SK Paka II

Team PPKIBP SK Paka II mengambil kesempatan yang terluang ini untuk mengucapkan selamat hari raya Aidiladha. Maaf Zahir Batin Kepada semua guru pendidikan khas, ppm, ibu bapa dan murid-murid khas. Semoga Warga Pendidikan Khas terus menghayati erti pengorbanan yang sejati.

Hari Raya Aidil Adha diraikan sempena pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail anaknya. Pengorbanan yang sukar untuk manusia laksanakan. Namun Nabi Ibrahim bertawakal dan menyerah diri kepada Allah.

Itulah Nabi Ibrahim seorang hamba yang taat, bertakwa dan tidak ego dan sombong diri. Baginda sanggup melakukan pengorbanan semata-mata kerana Allah. Dan akhirnya baginda dirahmati dan dimuliakan oleh Allah dan seluruh umat manusia hingga kini.

Sebagai hamba Allah seperti Nabi Ibrahimkah kita ?. Ramai insan didunia ini yang sombong, bongkak, ego dan merendahkan orang lain. Manusia merasakan dirinya ada kuasa, perlu dihormati dan boleh buat dan lakukan apa yang dia suka . Namun tanpa kita sedar bahawa watak kita sebenarnya menempah kebencian Allah dan insan seluruhnya.

Sempena dengan sambutan Aidil Adha ini, kembali renungkan diri kita. Banyak pohon keampunan dan kemaafan kepada Yang Maha Esa atas kesalahan yang dilakukan dengan sengaja dan tanpa sedar. Manusia jangan rampas keegoaan yang hanya layak dimiliki oleh Allah. Kita hamba yang sewajibnya menjadi insan merendah diri dan bertakwa.

Selamat Bercuti Kepada Semua Warga Pendidikan Khas SK Paka II

Salam 1 Malaysia
Team PPKIBP mengucapkan selamat bercuti kepada anak-anak murid pendidikan Khas SK Paka II. Semoga cuti ini diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Buat ibu bapa, awasilah anak-anak pada musim tengkujuh ini. Kita jumpa pada tahun hadapan dengan semangat baru.Buat makluman ibu bapa,sesi persekolahan 2010 akan bermula pada 3.1.2010. Waktu pendaftaran persekolahan bagi murid-murid pendidikan khas adalah 30.12.2009(Rabu) di Kelas PPKIBP. Harap maklum

Khamis, 19 November 2009

UPSR 2009: Amir (2C,2D,1E),Li Ching(2D,3E)



Team PPKIBP mengucapkan tahniah kepada murid pendidikan khas, Amir yang mendapat keputusan yang baik buat dirinya. Begitu juga Li Ching, satu permulaan yang memuaskan.Keputusan Amir menyamai rekod pencapaian seorang murid pendidikan khas SK Paka II sebelum ini.Buat pengetahuan ibu bapa, SK Paka II mendapat 33 orang 5A dalam UPSR 2009. Satu rekod.

Jamuan Perpisahan Siti fatehah dan Murid-murid Khas






Pada hari ini,kelas PPKIBP dengan tajaan keluarga Siti fatehah akan mengadakan jamuan perpisahan sempena pertukaran Siti Fatehah dan 2 orang lagi murid (Amir dan Hafiz) ke Sekolah Menengah.Team PPKIBP mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga Siti fatehah yang sudi menaja jamuan pada hari ini.

Pendaftaran Murid PPKIBP bagi Sesi 2010

Salam sejahtera.
Buat makluman semua ibu bapa pendidikan khas,pendaftaran murid PPKIBP bagi sesi persekolahan 2010 akan diadakan seperti ketetapan berikut
Tarikh: 30.12.2009(Rabu)
Masa : 9.00 - 12.00pm
Tempat: Kelas PPKIBP

Semoga ibu bapa dapat menepati waktu pendaftaran yang ditetapkan bagi memastikan kelicinan proses pendaftarn.
harap maklum

Warna-warni Majlis Graduasi






Ahad, 15 November 2009

Raptai Penuh Majlis Graduasi Esok

Murid-murid khas akan terlibat dengan raptai Majlis Graduasi SK Paka II yang akan diadakan esok. Seramai 10 murid kita akan melakukan persembahan khas. Semoga murid-murid kita dapat melakukan yang terbaik untuk majlis graduasi...

Majlis Temu Murni Pada Hari Ini (15.11.2009)

Buat makluman semua ibu bapa, pada hari ini diadakan majlis temu murni. Semua ibu bapa dikehendaki hadir ke sekolah untuk menandatangani buku laporan prestasi murid dan RPI. Kehadiran adalah diwajibkan

Sekitar di Mcdonalds










Ahad, 8 November 2009

Sukaneka Untuk Murid-murid Khas,Khamis ini (12.11.2009)


Buat makluman semua ibu bapa,pada khamis ini akan diadakan sukaneka untuk murid-murid pendidikan khas SK Paka II.Acara sukaneka ini merupakan acara sampingan sempena karnival sukan SK Paka II bagi aliran perdana. Justeru, team ppkibp amat berharap ibu bapa dapat memastikan anak-anak berpakaian sukan (baju kuning-hari keluarga 2009) pada hari tersebut.Sebarang perubahan akan dimaklumkan secepat mungkin. Harap maklum

Jumaat, 6 November 2009

Rabu(11.11.2009): Program Renang Terakhir bagi Tahun 2009

Buat makluman semua ibu bapa,program renang terakhir sepanjang tahun 2009 bagi murid-murid pendidikan khas akan diadakan pada hari rabu (11.11.2009).Justeru itu,ibu bapa dikehendaki memastikan murid-murid membawa pakaian renang. Jangan ada yang tertinggal.Sebarang perubahan akan diberitahu secepat mungkin.Harap maklum

Khamis, 5 November 2009

Sambutan Hari Lahir Murid-murid Istimewa di Mcdonalds,Kerteh

Sambutan Hari Lahir murid-murid istimewa SK Paka II bagi bulan 9 hingga 12 akan diadakan di Mcdonalds,Kerteh pada hari selasa minggu depan (10.11.2009). Majlis hari lahir ini merupakan acara penutup bagi aktiviti sambutan hari lahir murid-murid pendidikan khas SK Paka II. Justeru itu, team PPKIBP telah memutuskan sambutan terakhir ini akan diadakan di Mcdonalds, Kerteh. Sambutan kali ini akan berkonsepkan santai dan riang ria dikongsikan bersama.

Sekitar Hari Keluarga Pendidikan Khas SK Paka II 2009










Karnival Kokurikulum Pendidikan Khas Peringkat Dungun







Rabu, 4 November 2009

Bingkisan Hari Keluarga Pendidikan Khas SK Paka II 2009










Walau pun hujan renyai,hari keluarga Pendidikan Khas SK Paka II 2009 tetap diadakan dengan meriahnya dengan perasmian oleh Tn HJ Ngah B Bidin, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas,JPNT. Sedikit bingkisan buat tatapan pembaca blog