Rabu, 28 September 2011

Program Ziarah @ Berhari Raya

Pada 19 September yang lalu, telah diadakan Program Ziarah @ hari Raya. Program Ziarah adalah salah satu Program Tahunan yang ada dalam Takwim Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Program yang sebelum ini dikenali 'Home Visit' SK Paka II yang dijalankan setiap tahun ditukar kepada Program Ziarah @ Berhari Raya kali ini merupakan program kali pertama mengabungkan program ziarah dengan program hari raya yang telah dijalankan di rumah murid PPKI iaitu Zakaria bin Mohamad Sani yang tinggal di Kampung Cacar Baru, Paka, 23100 Dungun Terengganu.

Program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara murid-murid,guru-guru,PPM dengan ahli keluarga murid yang terpilih. Program ini sangat bermanfaat dan memberi pendedahan yang sangat besar dalam hidup bermasyarakat kepada murid berkeperluan khas dan istimewa ini.

Berikut Tentatif Program:
8.00: Berkumpul di Kelas PPKI
8.20: bertolak ke rumah murid (zakaria) dengan kereta guru
8.30: taklimat oleh penyelaras program
         Suaikenal dengan keluarga zakaria
8.50: Aktiviti 1 - Permainan Tradisional
        (Ketingting, Dam Aji, Batu Seremban)
         Aktiviti 2 - Pertandingan Mewarna
10.30: jamuan Hari Raya
11.45: Penyampaian Cenderahati
12.00: Bersurai & pulang kesekolah

Berikut gambar semasa Program tersebut:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan