Rabu, 28 September 2011

Program Ziarah @ Berhari Raya

Pada 19 September yang lalu, telah diadakan Program Ziarah @ hari Raya. Program Ziarah adalah salah satu Program Tahunan yang ada dalam Takwim Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Program yang sebelum ini dikenali 'Home Visit' SK Paka II yang dijalankan setiap tahun ditukar kepada Program Ziarah @ Berhari Raya kali ini merupakan program kali pertama mengabungkan program ziarah dengan program hari raya yang telah dijalankan di rumah murid PPKI iaitu Zakaria bin Mohamad Sani yang tinggal di Kampung Cacar Baru, Paka, 23100 Dungun Terengganu.

Program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara murid-murid,guru-guru,PPM dengan ahli keluarga murid yang terpilih. Program ini sangat bermanfaat dan memberi pendedahan yang sangat besar dalam hidup bermasyarakat kepada murid berkeperluan khas dan istimewa ini.

Berikut Tentatif Program:
8.00: Berkumpul di Kelas PPKI
8.20: bertolak ke rumah murid (zakaria) dengan kereta guru
8.30: taklimat oleh penyelaras program
         Suaikenal dengan keluarga zakaria
8.50: Aktiviti 1 - Permainan Tradisional
        (Ketingting, Dam Aji, Batu Seremban)
         Aktiviti 2 - Pertandingan Mewarna
10.30: jamuan Hari Raya
11.45: Penyampaian Cenderahati
12.00: Bersurai & pulang kesekolah

Berikut gambar semasa Program tersebut:


Khamis, 22 September 2011

Sambutan Hari Raya di PDK Paka

Pada 15 September yang lalu, Semua murid dan guru PPKI Sk Paka II telah dijemput oleh pihak Program Dalam Komuniti (PDK) Paka untuk menghadiri ke Majlis Jamuan Hari Raya. Berikut antara gambar semasa jamuan tersebut:

Terima Kasih buat semua Warga PDK Paka kerana sudi menjemput kami....

Selasa, 13 September 2011

Majlis Penutup Kem KASIH

Pada 25 Ogos yang lalu telah diadakan Majlis Penutup Kem Anakku Soleh Istimewa Ramadhan (KASIH). Majlis ini bermula jam 830 pagi bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Paka II. Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh Pegawai Khas,Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas PPD Dungun - En Noh bin Ayob.

Berikut tentatif majlis tersebut:
8.15 : Murid berkumpul di Dewan Sekolah
8.30 : Bacaan Muqaddam murid PPKI (Adik Mohd ILham)
        : Ucapan GPK Pend.Khas (En. Baharuddin Ismail)
        : Ucapan Peg.Khas, Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas (En.Noh bin Ayob)
        : Penyampaian hadiah penyertaan
        : Penyampaian Hadiah Mewarna Khat Jawi
        : Penyampaian hadiah kepada Peserta Terbaik
        : Penyampaian Cenderahati
10.00 : Bersurai

Berikut antara gambar semasa majlis itu berlangsung: