Isnin, 12 Mac 2012

Projek : Tanaman Cendawan Tiram Kelabu "istimewa"

Rumah Cendawan
Beg-beg yang diperam
Projek ini merupakan projek inovasi PPKI SK Paka II yang dijalankan pada setiap tahun bermula dari tahun 2009 lagi. Pada tahun ini, ianya dimulakan dengan aktiviti gotong royong membersih dan mengemas rumah cendawan oleh murid dan guru PPKI. Pada 10 Februari 2012, sebanyak 300 beg benih cendawan yang telah matang yang dibeli daripada pengusaha cendawan di Ajil dengan harga RM1.50/beg.Selepas 5 hari dibuka penutup, maka cendawan mengeluarkan hasilnya.



            Majlis Perasmian Tanaman Cendawan telah disempurnakan oleh Haji Mat Lazim bin Abdullah, Guru Besar SK Paka II pada 22 Februari 2012   (Hari Selasa).  Penuaian hasil pertama dibuat pada hari tersebut. Berikut beberapa gambar yang dapat dirakamkan.










Hasil tuaian pertama...dapat 2 kg


Timbang untuk dijual kepada warga SK Paka II


Guru membimbing murid memproses cendawan untuk dijual

Tiada ulasan:

Catat Ulasan