Rabu, 20 Jun 2012

BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN - JOHAN PERINGKAT NEGERI

Pada 17 hb Jun 2012 telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Terengganu bertempat di SKPK (P) Kuala Terengganu. Dalam pertandingan itu adik Mohammad Firdaus bin Azahar telah mewakili daerah Dungun dalam acara Bercerita Kisah dari Al- Quran kategori sekolah rendah. Beliau telah mendapat Johan dan akan mewakili Negeri Terengganu dalam acara tersebut yang akan berlangsung di Negeri Perak pada 2 -5 Julai 2012 nanti.. Syabas dan tahniah daripada pihak pengurusan kepada kesungguhan adik Mohammad Firdaus dan komitmen tinggi yang diberikan oleh cikgu Sha,cg. Aini,cg. Af dan Ustazah Wan Nor.Terima Kasih...semoga berjaya pula  di Peringkat Kebangsaan.

Johan Bercerita (Kategori SR)..Adik Mohammad Firdaus menerima medal daripada Tn.Hj Ngah Bin Bidin Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPNT
Adik Mohammad Firdaus sedang bercerita...dengan gaya yang tersendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan