Selasa, 24 Julai 2012

KEM ANAKKU SOLEH ISTIMEWA RAMADHAN (KASIH) 1433H BERMULA...

 BAHAGIAN 1
Pada 23 Julai 2012 bersamaan 3 Ramadhan 1433H telah bermula Kem Anakku Soleh Istimewa Ramadhan (KASIH) kali ke-2 dan akan berakhir pada 15 Ogos 2012 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1433H. Kem ini menekankan latihan secara latih-tubi dalam bidang kerohanian seperti wuduk, perbuatan dan bacaan dalam solat ( teori dan amali ) untuk murid berkeperluan khas di SK Paka II. Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan.....
Tazkirah Ramadhan bersama murid arus perdana yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Amran
Taklimat perjalanan Program Kem KASIH oleh GPK Pendidikan Khas
Murid tekun membaca muqqadam
Amali wuduk
Cikgu Badrul membantu murid mengambil wuduk dengan betul
Murid PPKI bersedia untuk amali solat Subuh
Takbir ratulihram....Allahu akbar
Cikgu Aini membimbing murid solat dengan betul
Bacaan doa Qunut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan