BAHAGIAN 2
Tarikh : 31 Julai 2012 (Hari Selasa)
: 8 Ogos 2012 (Hari Rabu)
Masa : 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi
Tempat : Masjid Taman Hadhari, Paka
Kem Anakku Soleh Istimewa Ramadhan (KASIH) diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang berlainan dan menyeronokkan untuk anak-anak berkeperluan khas. Antaranya amali solat telah dibuat di Masjid Taman Hadhari sebanyak dua kali yang terletak berdekatan dengan SK Paka II, terima kasih kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Taman Hadhari kerana memberi ruang dan kebenaran untuk kami melakukan aktiviti yang telah dirancang.Pelbagai aktiviti telah diajar dan didedahkan secara praktikal untuk murid-murid ini.Antaranya :
~ Adab-adab semasa berada di kawasan dan dalam masjid
~ Doa-doa sebelum masuk dan keluar masjid
~ Amali berwuduk
~Solat Sunat Tahyatul-masjid
~ Cara dan niat Iktikaf
~Amali Solat Fardhu (perbuatan dan bacaan dalam solat)
~Zikir dan doa selepas solat
~ Bacaan ayat-ayat lazim
~Solat Sunat Dhuha
~Gotong-royong membersih kawasan masjid
Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan....
|
Murid dan guru tiba di Masjid Taman Hadhari, Paka |
|
Belajar mengambil wuduk dengan sempurna |
|
Cikgu Badrul sedang membimbing Hakimi berwuduk dengan betul |
|
Penerangan dan cara-cara solat tahyatul masjid oleh GPK PK |
|
Sujud |
|
Membaca surah al-fatihah |
|
Ruku'...belajar ruku' yang betul |
|
Cikgu Sya dan Af sedang mendengar sebutan dan bacaan daripada murid |
|
Guru Besar turut hadir dan sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti yang dijalankan |
|
Solat sunat Dhuha bersama guru |
|
Gotong-royong...memungut sampah di kawasan masjid sebelum pulang ke sekolah |