Rabu, 1 Ogos 2012

PROGRAM ZIARAH

Tarikh         : 18 Julai 2012
Hari            : Rabu
Masa          : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat       : Rumah Muhammad Iskandar Firdaus bin Jais
                    Kampung Padang Gerai, Bukit Merah, Paka

           Tanggal 18 Julai 2012 ( Hari Rabu ), tiga hari sebelum bermula puasa ramadhan telah diadakan satu Program yang telah dirancang dalam takwim tahunan PPKI iaitu Program Ziarah.Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara murid,guru, PPM dan pengurusan sekolah dengan keluarga ini serta dapat mengenali lebih dekat kehidupan mereka. Program kali ini telah dibuat di rumah Muhammad Iskandar Firdaus. Pelbagai aktiviti berbentuk santai telah dijalankan sepanjang program tersebut antaranya :

~ Sesi  ramah mesra dengan ahli keluarga Muhammad Iskandar
~ Permainan Tradisional - Bowling Kelapa, Main guli, Cina Buta dan lain-lain
~ Jamuan
~ Penyampaian Cenderahati
~ Gotong Royong
Berikut beberapa gambar dalam program tersebut.
Panplet Program Ziarah
Guru memberi penerangan dan taklimat program yang hendak dijalankan
Bowling Kelapa
Cikgu Di sedang membuat balingan
PPM Ros turut mengambil bahagian
Permainan Guli
Guru Besar menyampaikan hamper kepada Puan Marlina ( Ibu Iskandar)
Gotong-royong membersihkan kawasan rumah Iskandar
Gambar kenangan di hadapan rumah Iskandar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan