Isnin, 15 Jun 2009

Aktiviti berenang disambung semula...Rabu Ini (17.06.2009)

Kelas PPKIBP akan menyambung semula aktiviti berenang seperti yang dimaklumkan dalam mesyuarat biro kebajikan kali-2 tempoh hari. Sehubungan itu, team PPKIBP mengumumkan bahawa aktiviti renang di Kelab Desa Rantau Petronas akan diadakan pada hari rabu ini, 17.06.2009. Kali ini,team PPKIBP berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kelab Petronita kerana sudi membiayai makanan murid-murid istimewa ini semasa aktiviti renang berlangsung. Pihak kami juga berharap akan ada di kalangan ibu bapa PPKIBP atau mana-mana individu untuk membantu pihak kami bagi menjayakan sesuatu aktiviti. Sumbangan boleh dihulurkan dengan menghubungi team PPKIBP (0139987473-cikgu Zarinawati)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan