Khamis, 4 Jun 2009

Lawatan Bermaklumat Ke Utara Semenanjung pada 05 Julai 2009

Seperti yang dirancang,pihak PPKIBP akan mengadakan lawatan bermaklumat ke negeri utara semenanjung Malaysia(Pulau Pinang, Kedah dan Perlis)pada 05 Julai 2009 hingga 08 Julai 2009. Lawatan ini merupakan program tahunan PPKIBP dalam memberi pendedahan kendiri kepada murid-murid PPKIBP SK Paka II dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berlainan dengan kehidupan mereka. Seramai 24 orang murid PPKIBP diberi peluang untuk menyertai program ini. Semoga ibu bapa murid-murid ini dapat bekerjasama dengan guru-guru dalam menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan