Selasa, 30 Jun 2009

Taklimat ringkas kepada ibu bapa yang anaknya menyertai lawatan

Kepada semua ibu bapa yang mana anak-anak mereka terpilih untuk menyertai lawatan ke Utara Semenanjung Malaysia, akan diadakan satu taklimat ringkas pada hari Khamis (2.7.2009) jam 12.00 tgh hari. Semua ibu bapa dijemput hadir.

Khamis ini (2.7.2009) diadakan sambutan hari lahir Li Ching

Kelas PPKIBP akan mengadakan sambutan hari lahir Li Ching dan murid-murid yang lahir pada bulan Julai pada hari khamis ini. Kepada ibu bapa yang anak-anak mereka lahir pada bulan Julai boleh berhubung dengan team PPKIBP untuk sumbangan bagi menjayakan majlis sambutan hari lahir.

Lagu tema PPKIBP SK Paka II: Hampir ke situ

Atas permintaan ramai, team PPKIBP menyiarkan lirik lagu tema blog PPKIBP. Sesuai atau tidak anda yang tentukan:

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerana ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama

Ke arah kecemerlangan insan istimewa, kegemilangan bersama

Isnin, 29 Jun 2009

RABU (01.07.2009) aktiviti berenang dijalankan

Kepada semua ibu bapa PPKIBP, pada hari rabu ini (01.07.2009) akan diadakan aktiviti berenang di KDRP, Kerteh. Sehubungan dengan itu, ibu bapa hendaklah menyediakan anak-anak dengan pakaian berenang bagi memastikan kelancaran program berenang nanti.

Esok (30.06.2009) aktiviti kokurikulum seperti biasa

Seperti biasa aktiviti kokurikulum akan diaadakan seperti biasa. Ibu bapa PPKIBP hendaklah memastikan anak-anak memakai pakaian unit berunifrom. Waktu pulang adalah pukul 3.30 ptg.

Ahad, 28 Jun 2009

Terima Kasih kepada Pn Syarifah Atas Sumbangan kepada murid-murid PPKIBP


Team PPKIBP mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Pn Sharifah yang sudi menyumbang sedikit sebanyak 'hadiah' kepada murid-murid PPKIBP SK Paka II.Kunjungan beliau pagi ini bersama 'hadiah' menceriakan anak-anak istimewa ini. Terima kasih banyak2. Team PPKIBP mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menyumbang dalam apa bentuk sekali pun kepada murid-murid kita dan boleh menghubungi kita.Kecaknaan tuan puan amat kita hargai.

Sabtu, 27 Jun 2009

Program Kecemerlangan Akademik Pendidikan Khas 2009 (Fasa 1):Selamat jalan kepada Li Ching dan Amir


Team PPKIBP mengucapkan selamat jalan dan berjaya kepada murid-murid PPKIBP, Gam Li Ching dan W Amiruddin W Asri yang akan menghadiri Kem Kecemerlangan Akademik Pendidikan Khas 2009(Fasa 1) di Kuala Terengganu bermula hari ini hingga 29.6.2009.
Mereka akan diiringi oleh cikgu Farah. Team PPKIBP mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang memberi kerjasama dan kebenaran untuk melepaskan anak-anak mereka untuk menghadiri kem tersebut. Kepada ibu bapa Li Ching dan Amir,team PPKIBP amat berharap supaya berilah peluang kepada anak-anak mereka untuk membuktikan bahawa mereka mampu menghabiskan kem ini.

Perubahan Jadual Kelas Tambahan UPSR 2009

Bermula minggu ini, (28.06.2009) berlaku sedikit perubahan jadual untuk kelas tambahan UPSR 2009 dimana murid PPKIBP yang terlibat dengan peperiksaan UPSR dikecualikan untuk aktiviti kokurikulum. Justeru itu, penyelaras UPSR PPKIBP,Pn Farah Anita telah merangka satu perubahan jadual baru dimana ketetapan berikut:

Ahad
BM (Pemahaman)- Cikgu Zulkifli (1.00pm - 3.00pm)

ISNIN
BM (Penulisan)- Cikgu Faridah (1.00pm - 3.00pm)

SELASA
BI - Cikgu Farah (1.00pm-3.00pm)

RABU
MATEMATIK - Cikgu Lani (1.00pm-3.00pm)

KHAMIS
SAINS - Cikgu Fatmah (1.00pm-3.00pm)

Penambahan jam dari satu jam kepada 2 jam adalah untuk memastikan 60 jam kelas tambahan ini dipenuhi. Kesuntukan masa dengan aktiviti lain telah mengakibatkan perubahan kelas tambahan ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Cikgu Farah.

Khamis, 25 Jun 2009

Cendawan Mula Dikutip






Rumah cendawan dibawah seliaan cikgu zulkifli telah mula mengeluarkan hasil. Cendawan segar sudah boleh dikutip untuk dijual. Tujuan utama projek rumah cendawan adalah untuk memberi peluang kepada murid PPKIBP menanam sendiri dan memberi kemahiran kepada mereka menguruskannya. Alhamdulilah, hasil telah boleh dituai.Kepada semua ibu bapa atau pihak yang mahu membeli cendawan sambil beramal, team PPKIBP mengalu-alukan. Boleh menghubungi Cikgu Zul.

Warna-Warni Majlis Hari Lahir Syafiqah





Terima kasih kepada ibu bapa PPKIBP yang menjayakan Program Temu Murni

Team PPKIBP mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana sudi hadir di majlis Temu Murni yang diadakan pada hari semalam. Sambutan ibu bapa amat baik dalam membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi bagi memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak ini. Walau bagaimanapun, masih ada ibu bapa yang tidak hadir untuk menandatangani buku laporan prestasi.

Rabu, 24 Jun 2009

Program Kecemerlangan Akademik Pendidikan Khas 2009 (Fasa 1)

Untuk makluman semua, Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas, Jabatan Negeri Terengganu akan mengadakan Program Kecemerlangan Akademik Pendidikan Khas 2009 (Fasa 1) dalam usaha meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid Pendidikan Khas dalam Peperiksaan Awam (UPSR, PMR, SPM) tahun 2009. Program ini akan diadakan sebagaimana makluman di bawah.
Tarikh :27-29 Jun 2009
Tempat : Hotel Yen Tin, Midtown, Kuala Terengganu
Daftar masuk : 27 Jun 2009 (2.00 ptg - 3.00 ptg)
Dua orang calon UPSR (PPKIBP)Sek. Keb Paka 2 iaitu Gam Li Ching dan Wan Amiruddin Bin Wan Mohd Asri terlibat untuk menyertai program ini bersama guru pengiring mereka iaitu Pn. Farah Anita Nain Bt. Mohd Ali. Penginapan dan makan minum peserta dan guru pengiring akan disediakan oleh pihak jabatan. Harap Maklum.

Selasa, 23 Jun 2009

Murid Angkat Sempena Lawatan ke Utara Semenanjung Malaysia

Cikgu Zulkifli (0199250698)
1. W.Muhd Firdaus B Muhd Rafi
2. Razil Rasman

Cikgu Zarinawati (0139987473)
1.Nur Hazwani
2.M.hafiz Azahar

Cikgu Faridah (0199256372)
1.Fakhira Yaakob
2.Mohd Alif B Mohd Bakhory

Cikgu Khatijah (0139988621)
1. M.Safwan Zulkifli
2. M.Syafiq Mohd Zaki

Cikgu Rosli (0139427178)
1.Muhammad Amin Fikrie
2. Norman Hakim

Cikgu Zara (0179177470)
1.zurinsyirah
2.M.Firdaus Azahar

Cikgu Firdaus (0129641945)
1.Azizul
2.Shafarizal

Cikgu Shahidan (0199671279)
1.M.Hakim C.W Azmi
2.M Ilham Nawawi
3.Iskandar Firdaus

Cikgu Zailani (0199505598)
1.Iszahar Abdullah
2. W. Amiruddin W.Asri

Cikgu Farah (0133993401)
1.Gam Li Ching
2.Zakaria

Cikgu Rohaizan (0139931258)
1.Afiq Haikal
2.Nur Aina Nadirah

Isnin, 22 Jun 2009

Ko-korikulum esok 23/6/2009 diganti dengan gotong royong

Untuk makluman semua ibubapa dan murid-murid, esok aktiviti ko-korikulum akan diganti dengan gotong royong. Gotong royong ini akan diadakan pada waktu ko-ko iaitu antara pukul 1.40-3.40. Segala perubahan dan maklumat baru akan diberitahu kelak.Harap maklum..

Ahad, 21 Jun 2009

Program Temu Murni PPKIBP Pada 24.06.2009

Program Temu Murni PPKIBP akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Jun 2009
Hari : Rabu
Masa : 12.00 hingga 1.30 ptg
Tempat: Kelas PPKIBP SK Paka II

Sehubungan dengan itu ibu bapa diwajibkan hadir ke program temu murni tersebut untuk menandatangani Buku Laporan Prestasi Murid sempena Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini.

Perkhemahan SK Paka II pada 2 hingga 4.7.2009 BATAL

Sebelum ini, team PPKIBP ada menghebahkan tentang perkhemahan yang akan diadakan di SK Paka II dan anak-anak PPKIBP juga dikatakan terlibat. Tetapi, atas sebab tertentu, pihak pengurusan SK Paka II telah membuatkan keputusan untuk membatalkan perkhemahan tersebut yang dijangka diadakan pada 2 hingga 4 Julai 2009. Untuk pengetahuan ibu bapa PPKIBP, perkhemahan tersebut BATAL

Selamat datang dan bertugas kepada guru pelatih IPGMKDRI


Selamat datang dan bertugas diucapkan kepada guru pelatih, En Firdaus dan En Rosli yang akan menjalani praktikum selama 3 bulan bermula hari ini.Semoga dapat menyesuaikan diri bersama anak-anak PPKIBP.Team PPKIBP bersedia membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mereka berdua dengan penuh komited.

Khamis, 18 Jun 2009

Perkhemahan SK Paka II pada 2 hingga 4.07.2009: PPKIBP terlibat juga

Sempena Karnival HEM dan pekhemahan unit beruniform SK Paka II 2009, murid-murid PPKIBP juga terlibat dalam perkhemahan yang diadakan di sekolah. Seramai 10 murid terlibat dan antara murid yang akan dipilih adalah kumpulan 1 dan sebahagian murid kumpulan 2. Senarai nama murid akan dimuktamadkan kemudian beserta dengan surat.

PPKIBP terima 2 orang guru pelatih IPGMKDRI

PPKIBP akan menerima 2 orang guru pelatih dari IPGM Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu pada 21.06.2009.Dua orang guru pelatih tersebut ialah Encik Mohd Firdaus B. Kenanas dan Encik Rosli B Abdullah. Mereka akan menjalani praktikum di sini selama 3 bulan dan dibimbing sendiri oleh Penyelaras PPKIBP, Pn Zarinawati Zulkifli. PPKIBP mengalu-alukan kedatangan guru pelatih ini dalam menyumbang idea bagi memperkasakan pendidikan khas.

Selasa, 16 Jun 2009

PPKIBP terima lawatan daripada Pensyarah IPGM Kampus Sultan Mizan

Pada hari ini, PPKIBP menerima lawatan daripada seorang pensyarah IPGM Kampus Sultan Mizan. Kehadiran pensyarah ini adalah untuk meninjau perkembangan cikgu lani yang mengajar di sini. Selain itu, beliau mahu membuat kaji selidik tentang 'produk' keluaran IPGM Kampus Sultan Mizan.

Sekolah Ganti Cuti Hari Raya pada 27/6/2009 (Sabtu)

Untuk makluman semua ibubapa dan murid-murid, pada 27/6/2009 ini iaitu pada hari Sabtu minggu hadapan akan diadakan sesi persekolahan bagi menggantikan cuti Hari Raya Puasa. Jadual persekolahan mengikut hari tertentu akan diberitahu kemudian..

Isnin, 15 Jun 2009

Esok ada aktiviti Kokurikulum 16.06.2009

Esok ada aktiviti kokurikulam iaitu unit beruniform dan kelab. Sehubungan itu, murid-murid PPKIBP akan balik pada 3.30 ptg dan team PPKIBP berharap ibu bapa dapat memastikan anak-anak memakai pakaian beruniform.Harap maklum.

Aktiviti berenang disambung semula...Rabu Ini (17.06.2009)

Kelas PPKIBP akan menyambung semula aktiviti berenang seperti yang dimaklumkan dalam mesyuarat biro kebajikan kali-2 tempoh hari. Sehubungan itu, team PPKIBP mengumumkan bahawa aktiviti renang di Kelab Desa Rantau Petronas akan diadakan pada hari rabu ini, 17.06.2009. Kali ini,team PPKIBP berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kelab Petronita kerana sudi membiayai makanan murid-murid istimewa ini semasa aktiviti renang berlangsung. Pihak kami juga berharap akan ada di kalangan ibu bapa PPKIBP atau mana-mana individu untuk membantu pihak kami bagi menjayakan sesuatu aktiviti. Sumbangan boleh dihulurkan dengan menghubungi team PPKIBP (0139987473-cikgu Zarinawati)

Kelas Tambahan UPSR 2009 bermula 15.06.2009 setiap minggu

Buat pengetahuan ibu bapa PPKIBP, Kelas Tambahan UPSR 2009 akan bermula pada hari ini setiap minggu selama 60 jam sehingga peperiksaan UPSR. Kelas ini akan berjalan seperti ketetapan berikut:

Ahad
BM (Pemahaman)- Cikgu Zulkifli (12.30pm - 1.30pm)
BM (Penulisan)- Cikgu Faridah (1.30pm - 2.30pm)

ISNIN
BI - Cikgu Farah (1.00pm-2.00pm)

RABU
MATEMATIK - Cikgu Lani (1.00pm-2.00pm)

KHAMIS
SAINS - Cikgu Fatmah (1.00pm-2.00pm)

Kelas tambahan ini dibiayai oleh kerajaan Negeri Terengganu menerusi Dana Khas.Sehubungan itu, pihak ibu bapa murid yang terlibat diharap maklum dengan waktu balik bagi murid tersebut.Kerjasama daripada ibu bapa amat diharapkan demi kejayaan program ini. Semoga murid PPKIBP berjaya dalam UPSR 2009 nanti.

Ahad, 14 Jun 2009

Gotong royong SK Paka II pada 20.06.2009

Untuk makluman ibu bapa PPKIBP, SK Paka II akan mengadakan gotong-royong perdana untuk membersihkan kawasan sekolah seperti ketetapan berikut:

Hari: Sabtu
Tarikh: 20.06.2009
Jam: 8.30 pg

Gotong royong perdana ini dianjur oleh SK Paka II. Team PPKIBP bertanggungjawab untuk menghebahkan aktiviti ini untuk pengetahuan ibu bapa PPKIBP. Sehubungan itu, semua ibu bapa PPKIBP dijemput untuk menjayakan aktiviti gotong royong ini.

Selamat Kembali ke Sekolah

Team PPKIBP mengucapkan selamat kembali ke sekolah selepas bercuti selama 2 minggu. Kita telah memasuki separuh tahun persekolahan. Banyak aktiviti yang dirancang akan dijalankan dalam separuh tahun ini.

Khamis, 4 Jun 2009

Lawatan Bermaklumat Ke Utara Semenanjung pada 05 Julai 2009

Seperti yang dirancang,pihak PPKIBP akan mengadakan lawatan bermaklumat ke negeri utara semenanjung Malaysia(Pulau Pinang, Kedah dan Perlis)pada 05 Julai 2009 hingga 08 Julai 2009. Lawatan ini merupakan program tahunan PPKIBP dalam memberi pendedahan kendiri kepada murid-murid PPKIBP SK Paka II dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berlainan dengan kehidupan mereka. Seramai 24 orang murid PPKIBP diberi peluang untuk menyertai program ini. Semoga ibu bapa murid-murid ini dapat bekerjasama dengan guru-guru dalam menjayakan program ini.

Selamat Bercuti:29.5.2009 hingga 13.6.2009

Team PPKIBP mengucapkan selamat bercuti kepada murid-murid PPKIBP SK Paka II. Moga cuti kali ini diisi dengan program yang berfaedah. Kita jumpa lagi pada 14.06.2009...